suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak tahu sekolah tutup akibat jerebu, tiga beradik temui ajal dalam perjalanan balik... Motosikal bertembung lori

Foto kemalangan tragis yang mengorbankan nyawa tiga beradik di Jalan Parit Haji Sirat, pagi Khamis, tular di laman sosial. -Foto Media sosial

PERJALANAN pulang tiga beradik dari sekolah berakhir tragedi selepas mereka maut akibat motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Dalam kejadian di Jalan Parit Haji Sirat, dekat Pontian, kira-kira pukul 7 pagi Khamis, mangsa yang maut terdiri daripada dua kanak-kanak berusia 11 dan lapan tahun serta seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussian mengesahkan kejadian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi hari pertama persekolahan... Pelajar tingkatan 3 maut motor bertembung Axia selepas isi minyak

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

Kejadian itu berlaku pada hari pertama penutupan sesi persekolahan di seluruh Johor selama dua hari susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu.

Beberapa video dan gambar kemalangan ngeri itu tular tular di media sosial. 

Dipercayai, ketiga-tiga mangsa pergi ke Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Sarpan di Kayu Ara Pasong sebelum berpatah balik selepas mendapati sekolah berkenaan ditutup.

Bagaimanapun ketika dalam perjalanan pulang, motosikal dinaiki mereka dipercayai melanggar bahagian hadapan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Artikel Lain