suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Star Golden Hearts 2026 tumpu peranan penggerak perubahan masyarakat

Para juri begitu teliti membuat pemilihan pada SGHA 2026 yang diadakan di Menara Star.

SEBANYAK 20 individu dan organisasi yang bergiat aktif dalam memperkasa komuniti di seluruh negara bakal menjadi tumpuan utama sempena sesi penjurian akhir Star Golden Hearts Award (SGHA) 2026 pada Khamis.

Sesi penjurian bagi edisi kali ini menampilkan panel penilai berwibawa daripada pelbagai latar belakang sektor, merangkumi bidang korporat, media, kelestarian, kebajikan sosial dan keusahawanan sosial.

Antara barisan juri yang terlibat termasuklah Pengerusi AIA Berhad, Tan Sri Gooi Hoe Soon; Ketua Pegawai Kandungan Star Media Group (SMG), Datin Paduka Esther Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MySDG, Anita Ahmad, serta bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), B. Vijayakumari Pillai.

Panel ini turut disertai oleh Pengurus, Keusahawanan Sosial Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Muhammad Hafizul Khair Mohd Yusuf, Perunding Utama ESGright Sdn Bhd, Prathab Vengadasalam dan Pengarah Urusan Pepper Labs Sdn Bhd, Thanaselan Rajendran.

Edisi kali ini memberi penekanan khusus terhadap impak usaha yang dapat diukur serta bersifat mampan. Langkah ini sejajar dengan hasrat berterusan anugerah tersebut dalam mengiktiraf sumbangan yang berupaya membawa perubahan bermakna dan berpanjangan kepada masyarakat.

Ketua juri SGHA, Tan Sri Gooi Hoe Soon (kedua dari kiri) bersama barisan juri profesional yang terlibat dalam pem,ilihan pemenang SGHA 2026. Foto: LEONG WAI YEE

Ketua juri SGHA, Tan Sri Gooi Hoe Soon (enam dari kiri) bersama barisan juri profesional yang terlibat dalam pemilihan pemenang SGHA 2026. Foto: LEONG WAI YEE

Menerusi sesi penjurian akhir ini, para finalis akan membentangkan inisiatif masing-masing secara langsung di hadapan panel penilai, diikuti dengan sesi soal jawab. Pendekatan ini membolehkan panel juri menilai keberkesanan dan impak sebenar projek yang dijalankan menjangkaui sekadar dokumen permohonan bertulis.

Usaha mereka merangkumi pelbagai bidang seperti kebajikan sosial, pemerkasaan komuniti dan pendidikan, bantuan bencana dan krisis, serta pemuliharaan alam sekitar dan hidupan liar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMG, Chan Seng Fatt, menjelaskan bahawa penekanan terhadap impak berpanjangan amat penting terutamanya ketika masyarakat berdepan cabaran sosial dan ekonomi yang mencabar. Komitmen berterusan para individu dan organisasi ini amat berharga dalam usaha membawa perubahan positif kepada masyarakat dan persekitaran kita.

"SGHA 2026 bakal memberi pengiktirafan kepada pihak yang cekal meneruskan usaha murni ini meskipun berdepan pelbagai cabaran. Penilaian tidak hanya bertumpu pada skala inisiatif mereka, malah turut mengambil kira sejauh mana sumbangan tersebut memberi impak mendalam dan bertahan bagi tempoh jangka panjang," kata beliau.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, SGHA telah mengiktiraf lebih 120 individu dan organisasi atas ikhtiar serta komitmen mereka dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Seramai 10 pemenang - terdiri daripada lima individu dan lima organisasi - akan diumumkan pada majlis penyampaian anugerah SGHA 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 8 Disember depan.

Setiap pemenang bakal menerima wang tunai RM10,000, sebuah trofi dan sijil penghargaan sebagai sokongan terhadap usaha murni mereka.

Selain pemberian pengiktirafan, SGHA turut berperanan sebagai platform bagi meningkatkan kredibiliti dan visibiliti penggerak perubahan ini, sekali gus memberi inspirasi kepada masyarakat umum untuk terus berbakti.

Artikel Lain