Jojo teruk dikecam warga maya susulan ulasannya mengenai isu jenama penjagaan diri lelaki dari Indonesia di Threads.
JAGUH Muay Thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo, menjadi sasaran kecaman warga maya selepas menyatakan pendiriannya untuk kekal menyokong jenama penjagaan diri lelaki dari Indonesia, Kahf.Menerusi perkongsian di media sosial, Jojo dilihat mengambil pendekatan berbeza ketika isu membabitkan Kahf masih hangat diperkatakan, malah menyifatkan kontroversi tersebut tidak perlu diperbesarkan selagi pihak berkenaan bersedia memohon maaf. "Jelas sekali pasukan Kahf melakukan kesilapan yang agak bodoh, tapi kita semua pun pernah melakukan kesilapan. Selagi mereka meminta maaf, saya tidak mempunyai masalah dengan perkara itu."Sejujurnya, saya masih berpendapat bahawa Kahf ialah jenama yang wajar disokong. Tetapi terpulang kepada anda semua untuk menentukannya," tulisnya Jojo dalam hantaran di Threads. Tambah Jojo, sepanjang pengalamannya menjalin kerjasama bersama Kahf, dia langsung tidak mempunyai masalah dengan jenama berkenaan."Saya sendiri pernah berkata dan melakukan perkara yang jauh lebih pelik dan berlebihan, dan mereka tidak pernah memboikot saya," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Jenama Indonesia dikecam, Alif Satar tampil bersuara... “Negara kita dan rakyat mesti dihormati”Jojo turut menegaskan pendiriannya untuk terus setia kepada Kahf dan meminta orang ramai supaya tidak membesarkan perkara berkenaan."Saya tetap setia kepada Kahf. Kita semua melakukan kesilapan. Selagi kita meminta maaf, kita boleh move on."Sebenarnya perkara ini tidaklah sebesar mana pun. Tenanglah, semua,” katanya lagi.Pendirian atlet berusia 19 tahun itu dengan pantas mengundang pelbagai reaksi rakyat Malaysia yang kini lantang mengecam Kahf susulan satu hantaran di platform Threads, didakwa menyentuh sentimen kenegaraan.Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Jojo untuk terus memberikan sokongan kepada Kahf, manakala sebahagian lagi berpendapat dia sepatutnya lebih berhati-hati dalam menyuarakan pandangan ketika isu tersebut masih menjadi perhatian ramai."Bukan isu besar? Negara kau kena hina ni Jojo. Sorry bro kau naik bukan sebab Kahf, kau naik sebab diri kau dan sokongan rakyat Malaysia juga. Be better lah ya."Rasanya awak tersilap langkah daripada segi public relations kali ini. Sepatutnya awak diam sahaja."Apabila sentuh bab maruah negara, saya akan sentiasa pilih tanah air," demikian antara komen netizen.Terdahulu, jenama tersebut memuat naik hantaran sinis di laman sosial yang dipercayai merendahkan pasukan bola sepak Malaysia, selepas skuad Indonesia menjuarai Piala Asean Fifa 2026 dengan menewaskan Thailand pada 5 Oktober lalu. Hantaran tersebut menerima kecaman hebat daripada warga maya Malaysia sehingga jenama berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.