SEORANG lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis kerana gagal mematuhi arahan polis.Tertuduh, Bryan Marc Daniel, 27,didakwa di bawah Seksyen 21(1) Akta Polis 1967 kerana gagal mematuhi arahan ketika mengekori konvoi membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), pada Rabu. Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara lapan bulan sekiranya tertuduh yang bekerja sebagai ejen hartanah itu gagal membayar denda berkenaan.Kes tersebut susulan kejadian tular membabitkan sebuah Honda CR-V yang mengekori konvoi polis ketika mengiringi Timbalan Perdana Menteri (I) di Kilometer 48.5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), kira-kira pukul 9.32 pagi.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, tindakan terhadap ejen hartanah itu diambil susulan kejadian berkenaan.“Semua pengguna jalan raya hendaklah sentiasa mematuhi arahan anggota polis demi menjamin keselamatan konvoi rasmi dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya