ABANG kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman iaitu Space Dollah tampil mengulas mengenai tindakan ibu kepada penyanyi Aliff Aziz yang kini hangat diperkatakan di media sosial.Menurut Space Dollah atau Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 36, tindakan ibu Aliff menutup wajah bakal adik iparnya pada gambar yang digantung di dinding kediamannya di Singapura bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya dipercayai telah dirancang sebagai satu strategi pemasaran. "Perkara ini telah dirancang dan sejujurnya ia merupakan teknik pemasaran yang baik. Perkongsian Space Dolla di Threads miliknya."Fikirkan semula, semua orang sedang bercakap mengenainya dan berkongsi semula gambar itu. "Tiada isitilah bad marketing kerana semua jenis pemasaran tetap memberi kesan," katanya. Dalam pada itu, Space Dollah memberitahu walaupun dia tidak mengenali Aliff secara peribadi, pengalaman dalam bidang media sosial memudahkannya mengenal pasti corak strategi yang digunakan.ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah di sebalik kontroversi, Aliff Aziz dapat jaga ibu bapa... “Saya nak jadi lebih baik”ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah didakwa tak bagi anak-anak jumpa bekas suami, Didi Astillah tampil bersuara"Saya tidak kenal dia (Aliff) secara peribadi tetapi sebagai orang yang terlibat dalam media sosial, tak susah untuk mengesan strategi pemasaran yang agak jelas. Jaga diri semua," ujarnya. Bagaimanapun, usaha mStar mendapatkan kenyataan daripada ibu Aliff tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak dijawab. Sebelum ini, tular satu video dimuat naik oleh ibu Aliff, Siti Hafizah Sheikh Mohamad di InstaStory miliknya yang menarik perhatian ramai. Dalam video tersebut, kelihatan sekeping foto keluarga digantung di dinding kediamannya, namun wajah Bella didakwa sengaja ditutup.Menerusi rakaman itu, Hafizah dilihat membuat ulasan mengenai beberapa kuih raya bersama Aliff dan suaminya, Aziz Sapdan.Isu berkenaan mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan dan tidak sensitif, sekali gus mengundang pelbagai reaksi di media sosial.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube