GOSIP percintaan yang dikaitkan antara Sharifah Rose dan Ezzrin Loy kini menemui titik noktah apabila aktres tersebut menjelaskan mereka tidak lagi sehaluan.
Malah Rose, 27, memaklumkan hubungan mereka sebagai rakan juga tidak lagi serapat dulu kerana kesibukan kerja.
“Sebelum ini kami memang tidak mengumumkan apa-apa mengenai hubungan ini. Jadi, kami memang berkawan sahaja. Sekarang ini masing-masing sibuk dengan kerjaya, jadi memang tidak bercakap sangat dan tak serapat dahulu.
“Dia mahu fokus pada kejayaan, saya juga ada matlamat yang berbeza dengannya. Jadi, mungkin sudah tidak sehaluan lagi. Kami sibuk mahu capai impian kami,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Rose bakal tampil dalam drama Doa Yang Terlindung yang bakal bersiaran pada tahun depan.
Selain Rose, pelakon yang turut membintangi drama tersebut adalah Fasha Sandha, Firdaus Karim dan Nafiz Muaz.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































