suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shahz Jaszle tiada kaitan dengan Uqasha Senrose, isteri ketawa ‘forward’ foto tular

TULAR di media sosial foto mesra dikatakan pelakon Shahz Jaszle bersama Uqasha Senrose sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi kononnya ia menjadi punca keretakan rumah tangga aktres itu.

Bagaimanapun, Shahz atau nama sebenarnya Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 37, tampil menafikan perkara tersebut dan menegaskan individu dalam gambar berkenaan bukan dirinya.

Jelas Shahz, lelaki dalam foto itu sebenarnya merupakan rakan produksi yang turut berada di lokasi penggambaran pada hari kejadian.

“Saya tak nak komen dan masuk campur urusan ini tapi bila sebut mengenai gambar itu saya tahu... sebabnya ada orang hantar pada saya termasuklah isteri saya.

“Sebenarnya itu bukan saya tapi orang lain, gambar betulnya saya sedang dukung anak dan ada Uqasha tapi yang belakang Uqasha bukan saya sebab rambut pun lain, jangan salah faham ya.

“Kami baru lepas adakan majlis selepas tamat shoot drama Jika Cinta Itu Buta, orang tu adalah salah seorang rakan produksi juga yang turut sama ada, waktu itu isteri saya pun ada sekali,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi