suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Naqiu ‘back up’ Aisha Retno isu ubah lirik lagu Indonesia... Jangan sekat kreativiti penyanyi

Naqiu tampil pertahan Aisha Retno.

PENYANYI Naqiu tampil mempertahankan Aisha Retno yang kini menjadi mangsa serangan dan kecaman netizen dari negara seberang, Indonesia.

Dalam hal ini, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 39, berpandangan setiap anak seni bebas untuk berkarya dan tidak sepatutnya kreativiti itu disekat.

"Saya tak ambil peduli pun. Tak perlu nak sekat kreativiti orang lain. Kenapa kita nak kena fikir orang kritik? Dalam hal ini saya tahu apa yang Aisha buat.

Naqiu berkongsi pendapatnya ketika ditemui media. 

"Abaikan sahaja kritikan itu, kreativiti sangat penting. Saya pernah rasa bila nak kreatif, tak jadi kreatif sebab disekat," katanya kepada mStar.

Naqiu berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa Program Warisan Selera Selatan yang diadakan di Evo Mall, Bangi, Selangor pada Sabtu.

 

Aisha sebelum ini menerima kecaman hebat di media sosial selepas bertindak menukar lirik asal lagu Indonesia berjudul Rollerblade ketika membuat persembahan bersama Anggrek di program Talk To My Manager Musim Kedua (TTMM2). 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Naqiu hilang sabar, dedah perbuatan individu cuba perdaya dan burukkan namanya

ARTIKEL BERKAITAN: Juri perlu beri ‘content’, Naqiu akui komen biasa buat penonton bosan

Dalam pada itu, Naqiu yang juga merupakan penulis lirik dan komposer berkata dia melihat potensi besar dalam diri Aisha dan berharap penyanyi wanita itu terus memberikan kualiti muzik yang terbaik tanpa perlu memikirkan kata-kata negatif pihak luar.

"Tentang dikritik, dihentam, kalau buat benda bagus pun kena hentam. Teruskan sahaja apa yang kita buat.

"Aisha sekarang tengah ada idea yang membuak dan meledak. Biarkan dia. kalau menjadi, dia banggakan kita. Buat apa nak sekat kreativiti orang," ulasnya.

Aisha dikecam netizen Indonesia baru-baru ini. 

Mengulas mengenai kritikan segelintir netizen yang mengecam tindakan peserta memilih lagu dari negara jiran untuk dibawa ke pentas pertandingan, Naqiu menganggap perkara tersebut bergantung kepada penilaian dan kreativiti penyanyi itu sendiri.

"Ikut penyanyilah. Kalau saya masuk bertanding, sesetengah lagu susah nak buat. Jadi, cari lagu yang selamat. Penyanyi kita pilih lagu seberang sebab mungkin dia rasa boleh buat ikut kreativiti mereka," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain