PENGGUNAAN tumbler bukan lagi sekadar bekas air tetapi sudah menjadi simbol gaya hidup dan fesyen.Maka tidak hairan pelbagai jenama, bentuk dan gaya dijual di pasaran bagi memenuhi permintaan ramai. Tumbler dengan ciri keluli tahan karat biasanya menjadi pilihan kerana ia berupaya mengekalkan suhu minuman agar kekal panas atau sejuk sepanjang hari.Bagaimanapun, ramai daripada kita sebenarnya masih tidak tahu bahawa bukan semua jenis air boleh dituang ke dalam tumbler seperti dikongsi seorang pengguna Threads iaitu barbiemagetan."Di umur berapa kau baru tahu kalau tumbler tidak boleh diisi air kelapa? Sedangkan memang dah kerap saya guna tumbler isi air kelapa," tulisnya.Sebenarnya, terdapat beberapa jenis minuman popular yang tidak sesuai disimpan dalam tempoh lama di dalam tumbler kerana cirinya yang mengandungi glukosa selain komponen aktif.1. Air kelapa segar dan jus buah-buahanKandungan fruktosa dan sukrosa semula jadi di dalam air kelapa, jus tembikai, atau jus epal merupakan medium utama yang mencetuskan fermentasi segera oleh bakteria. Proses fermentasi yang pantas ini akan menghasilkan lambakan gas karbon dioksida di dalam ruang kedap udara sehingga boleh menolak penutup botol terpelanting keluar dengan kuat.2. Minuman rendaman herba dan khasiat tradisionalAir rendaman kurma merah, teh herba manis, atau air madu sangat mudah bertindak balas dan menghasilkan gas jika dibiarkan melebihi beberapa jam pada suhu suam. Suhu suam di dalam termos bertindak sebagai inkubator ideal yang mempercepatkan aktiviti mikroorganisma, sekali gus meningkatkan risiko pembentukan tekanan dalaman secara mendadak.3. Minuman berkarbonat dan sodaGas karbon dioksida buatan di dalam air soda secara semula jadi sedia bertekanan tinggi. Goncangan kecil atau peningkatan suhu persekitaran akan mengembangkan gas ini secara aktif dan boleh merosakkan struktur atau penutup tumbler.Apabila penutup dibuka dalam keadaan gas sedang berkembang, cecair berkarbonat ini boleh menyembur keluar secara mendadak dan mendatangkan risiko kecederaan fizikal.4. Produk tenusuSusu, kopi susu, atau minuman berasaskan protein yang mula basi akan menghasilkan gas asid yang membina tekanan serta merosakkan getah pelapik (gasket) tumbler. Selain mendatangkan risiko letupan, sisa susu yang basi ini amat sukar dibersihkan pada celah getah termos sehingga boleh menyebabkan masalah bau busuk yang kekal dan keracunan makanan.Minuman bertukar jadi racun bawa mautDi Taiwan tahun lalu, seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan logam berat selepas menggunankan termos sama selama lebih 10 tahun.Pemeriksaan mendapati lapisan keluli di dalam termos tersebut sudah lama berkarat dan merekah akibat kerap diisi minuman berasid seperti kopi panas, menyebabkan sisa logam toksik larut ke dalam air secara senyap. Pendedahan logam berat dalam jangka masa panjang ini akhirnya merosakkan sistem saraf, menjejaskan imuniti badannya, dan membawa kepada kematian.