suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pantang nampak terus nak capai penyapu... Rupanya rugi besar bunuh labah-labah dalam rumah, bukannya bahaya!

Labah-labah boleh bertindak sebagai pelindung semula jadi dalam sebuah kediaman. -Gambar hiasan AI

BAGI sesetengah individu, kehadiran labah-labah yang merayap pada dinding rumah sering dianggap menjijikkan, malah tak kurang juga dihimpit rasa bimbang kemungkinan ia boleh mendatangkan bahaya.

Namun, siapa sangka haiwan itu sebenarnya memberi pelbagai manfaat daripada segi kebersihan dan perlindungan buat penghuni kediaman.

Menerusi satu hantaran di Threads oleh akaun Azli 2k26, dikongsikan tiga fakta menarik mengenai kelebihan labah-labah di dalam rumah:

1. Bukan penceroboh jahat

Labah-labah jarang menggigit ataupun mencederakan manusia kerana saiz mulutnya yang terlalu kecil untuk menembusi kulit kita.

Satu kajian dalam laporan Medical Journal of Australia mendapati bahawa daripada 750 kes gigitan labah-labah dilaporkan, hanya 44 daripadanya dikaitkan dengan labah-labah.

Sebaliknya, haiwan itu lebih gemar memakan serangga seperti nyamuk ataupun semut, sekali gus melindungi kediaman daripada serangga perosak tersebut.

2. Pembersih semula jadi

Tidak sekadar 'melekat' pada dinding, labah-labah melindungi individu daripada demam denggi ataupun sebarang risiko penyakit dibawa serangga nyamuk.

Berdasarkan kajian laman portal One Earth, labah-labah memakan anggaran sebanyak 400 sehingga 800 juta tan serangga setiap tahun.

Tidak lagi memerlukan racun perosak ataupun perangkap, kediaman kini boleh bebas sepenuhnya daripada sebarang serangga.

3. Ekosistem sihat

Kehadiran haiwan itu menandakan ekosistem yang sihat dan seimbang dalam sesebuah kediaman.

Ia juga boleh menjadi petanda bahawa kualiti udara rumah anda dalam keadaan baik kerana labah-labah hidup subur di persekitaran yang kurang tercemar.

Untuk rekod, laman rasmi Medicine & Health iaitu sebuah jurnal akademik dan perubatan Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan kebanyakan spesies labah-labah di Malaysia dianggap tidak berbahaya kepada manusia.

Ini disebabkan oleh kesan daripada gigitannya dianggap biasa dan mangsa tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Sehingga kini, hanya terdapat beberapa kes gigitan labah-labah yang didokumentasikan dari Malaysia.

Artikel Lain