Nurul Shahriza Izati Ramly dan Benedict Wong Kiing Loong menunjukkan Mykad baharu mereka yang dikeluarkan di JPN Putrajaya. -AZHAR MAHFOF/The Star
BERMULA 17 September, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan MyKad Generasi Baharu yang dilengkapi 53 ciri keselamatan berbanding 23 sebelum ini.Sebanyak 40 cawangan JPN yang dilengkapi Pusat Cetakan bersedia untuk mencetak MyKad Generasi Baharu dengan tempoh siap pada hari yang sama. MyKad Generasi Baharu merupakan kad pengenalan generasi ke-7, diperkenalkan sejajar dengan perkembangan teknologi bagi mengatasi masalah pemalsuan, pengklonan, dan kerosakan fizikal kad.Berikut merupakan lapan fakta mengenai MyKad Generasi Baharu: 1. Kod QR yang terdapat pada MyKad baharu bukan untuk tujuan pembayaran atau boleh dibaca menggunakan kamera telefon pintar biasa.Sebaliknya, ciri keselamatan baharu itu hanya boleh digunakan bagi mendapatkan maklumat tertentu untuk tujuan penguatkuasaan oleh agensi berkaitan, termasuk JPN.Sayidatul Nur An Syafiqah, 30, tidak ketinggalan mendapatkan MyKad Generasi Baharu pada hari pertama ia dikeluarkan. 2. MyKad baharu turut dilengkapi tingkap lutsinar (transparency window) yang sukar ditiru atau dihasilkan semula secara fizikal.3. Fungsi Touch 'n Go tidak lagi disertakan pada MyKad baharu.Ini kerana Touch 'n Go kini beralih kepada penggunaan e-dompet, termasuk melalui telefon pintar.Pengguna boleh menggunakan kad Touch 'n Go fizikal atau pilihan lain.4. MyKad tidak lagi menggunakan plastik biasa. Ia kini diperbuat daripada polikarbonat berketahanan tinggi, direka agar tidak mudah melengkung, patah, atau merekah.Sebahagian ciri keselamatan pada MyKad Generasi Baharu. -Foto JPN5. Menggunakan cetakan Corak Guilloche (garisan geometri halus) berserta Cetakan Warna Pelangi (Rainbow Printing) yang berubah ton warna mengikut sudut pandangan.6. Maklumat peribadi dan gambar profil diukir terus ke dalam lapisan kad secara laser (laser engraving).Amat mustahil untuk dikikis atau diubah suai tanpa memusnahkan kad.Potret kedua pemilik kad bersaiz lebih kecil yang turut diukir menggunakan laser sebagai pelindung utama manipulasi pertukaran gambar.7. Dilengkapi spesifikasi cip pintar terkini berkapasiti 80K / 144K EEPROM bagi memproses data biometrik cap jari dan maklumat dengan pantas dan selamat.8. Teknologi NFC pada MyKad Generasi Baharu membolehkan cip dibaca secara kontak dan tanpa sentuhan.Oh ya, pengeluaran MyKad baharu tidak akan menjejaskan akses kepada subsidi.Ini kerana rekod subsidi tidak disimpan di dalam MyKad, sebaliknya ia disimpan dalam sistem yang disediakan bagi urusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau BUDI.Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang bahawa pertukaran MyKad akan menyebabkan rekod atau kelayakan subsidi mereka terjejas.Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihatkan agar tidak terburu-buru menukar Mykad baharu kerana versi lama masih sah digunakan untuk urusan seharian.