JPM memaklumkan bahawa kenderaan terbabit atau nama spesifiknya BMW 7 Series Protection bukanlah kereta rasmi yang baru dibeli untuk kegunaan harian Perdana Menteri.
KELIBAT kenderaan mewah BMW 7 Series berwarna hitam yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sering mencuri perhatian setiap kali pemimpin negara itu menghadiri acara rasmi.Ciri luaran kereta berkenaan bukan sahaja cantik dipandang namun sebenarnya dilengkapi pelbagai ciri perlindungan khas termasuk sebagai perisai kalis peluru. Julai lalu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan kenderaan terbabit atau nama spesifiknya BMW 7 Series Protection bukan kereta rasmi yang dibeli untuk kegunaan harian Perdana Menteri.Sebaliknya, JPM menjelaskan sedan berkenaan merupakan aset sedia ada milik Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) yang dipinjamkan untuk sementara waktu.Keputusan itu dibuat atas nasihat pihak polis memandangkan kenderaan rasmi sedia ada kurniaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sedang menjalani kerja penyelenggaraan.Untuk rekod, sedan berprestasi tinggi ini pada asalnya dibeli khas untuk kegunaan ketua-ketua negara, presiden serta perdana menteri luar yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.BMW 7 Series merupakan kenderaan bertaraf keselamatan tertinggi kerana ia direka khas bagi menahan pelbagai ancaman ekstrem seperti tembakan peluru, letupan bom, mahupun serangan dron dari udara. -AgensiLangkah ini sejajar dengan protokol dan standard keselamatan antarabangsa yang mewajibkan penggunaan kenderaan bertaraf keselamatan tertinggi kerana ia direka khas bagi menahan pelbagai ancaman ekstrem seperti tembakan peluru, letupan bom mahupun serangan dron dari udara.Namun, sejauh mana 'kebal' sebenarnya BMW 7 Series Protection yang harganya dianggarkan RM7 juta ini?1. Tangki dengan kebolehan pembaikan automatik lepas terkena impak tembakanIni merupakan antara ciri paling unik dan mengagumkan. Dalam kes sekiranya tangki bahan api kereta ditembak, minyak di dalam tangki tidak akan bocor atau meletup.Ini kerana dinding tangki tersebut dibina menggunakan lapisan khas yang mampu pulih sendiri atau self-sealing dengan menangani kerosakan akibat tembakan secara automatik hanya dalam masa beberapa saat.2. Cermin kalis peluru sniperCermin pintu dan cermin depan bukannya tingkap biasa. Ia menggunakan lapisan polikarbonat tebal gred tertinggi iaitu VPAM 10 untuk perlindungan balistik.Gred ini diiktiraf mampu menahan tembakan terus daripada serangan senapang hendap (sniper) berkaliber tinggi.3. Kalis serangan dron dan letupan bom tangan Bukan setakat tembakan dari tepi atau depan, lantai bawah dan bumbung kereta ini disalut perisai keluli khas iaitu BMW Protection Core.Ia direka khusus untuk menahan kejadian letupan bom tangan dari bawah kenderaan serta serangan dron yang membawa bahan letupan dari udara.4. Masih boleh pecut dalam keadaan tayar pancitKereta ini menggunakan tayar khas Michelin PAX. Dalam insiden tembakan ke atas keempat-empat tayar sehingga menyebabkannya pancit, kereta ini masih boleh terus memecut pada kelajuan sehingga 80 km/j untuk bergerak ke kawasan selamat tanpa perlu berhenti di tepi jalan menukar tayar.5. Ada bekalan oksigen sendiri seperti kereta perangJika lalu di kawasan yang ada serangan gas beracun, bahan kimia atau asap tebal, kereta ini memiliki sistem bekalan udara segar (fresh-air supply) sendiri termasuk sistem pengesanan gas berbahaya.Selain itu, ia turut dilengkapi interkom dalaman yang mana penumpang boleh bercakap dengan orang di luar kenderaan dalam keadaan cermin tertutup rapat.6. Kereta kebal dengan rekaan luaran kenderaan konvensionalWalaupun sarat dengan besi perisai yang berat, ia dikuasakan dengan enjin 4.4-liter Twin-Turbo V8 yang menghasilkan 530 kuasa kuda (hp).Ini bermakna kenderaan ini boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.6 saat sahaja. Lebih menakjubkan, rekaan luarannya dibuat sebiji seperti BMW 7 Series biasa supaya musuh tak sedar ia sebuah kereta dengan ciri keselamatan cukup kebal.