Perbuatan merakam perbualan telefon secara senyap-senyap melanggar undang-undang Malaysia. -Gambar hiasan AI
SEGELINTIR daripada kita mungkin pernah berdepan situasi menerima panggilan telefon yang mencurigakan hingga menimbulkan rasa tidak selesa. Secara tidak langsung, pasti terlintas di fikiran sama ada perbualan tersebut perlu dirakam untuk tujuan pembuktian atau keselamatan. Namun persoalannya, adakah tindakan merakam perbualan telefon tanpa pengetahuan pihak satu lagi itu sah di sisi undang-undang Malaysia?Jawapannya mungkin mengejutkan.Di Malaysia, merakam perbualan telefon secara rahsia boleh menjadi satu kesalahan, termasuk jika anda sendiri merupakan salah seorang pihak yang terlibat dalam panggilan tersebut.Perkara ini berkait dengan Seksyen 234 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang melarang pemintasan serta pendedahan komunikasi yang dihantar melalui rangkaian tanpa kebenaran sah.Ia bukan hanya melibatkan panggilan telefon. Peruntukan berkenaan turut boleh merangkumi komunikasi seperti mesej suara, perbualan WhatsApp dan bentuk komunikasi lain yang dihantar melalui rangkaian digital.Jika seseorang didapati bersalah kerana memintas atau mendedahkan komunikasi tersebut tanpa kebenaran, dia boleh berdepan denda sehingga RM50,000, penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.Ramai mungkin beranggapan mereka mempunyai alasan kukuh untuk membuat rakaman, contohnya mahu melindungi diri, menyimpan bukti atau mempunyai rekod sekiranya berlaku pertikaian pada masa hadapan.Namun, alasan tersebut tidak semestinya memberikan pengecualian daripada undang-undang.Perbuatan merakam perbualan secara rahsia mengundang risiko lebih besar jika dikongsi bersama orang lain. -Gambar hiasan AIAkta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) turut memainkan peranan dalam perkara ini kerana ia menetapkan keperluan mendapatkan persetujuan bagi pengumpulan, penggunaan atau penyimpanan data peribadi dalam keadaan yang dilindungi akta tersebut.Rakaman suara individu secara peribadi juga boleh termasuk dalam konteks data peribadi.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan cepat sangat terpedaya, ‘Semak Mule’ dulu! Hanya beberapa saat je, elak wang lesap ke tangan ‘scammer’Bagaimanapun, terdapat sedikit ruang berbeza jika rakaman itu dibuat dan disimpan untuk kegunaan peribadi semata-mata.PDPA mempunyai pengecualian bagi data yang diproses semata-mata untuk tujuan peribadi atau rumah tangga.Tetapi awas, jika rakaman itu dikongsi dengan orang lain, kedudukan undang-undang boleh berubah dan risiko terhadap anda menjadi lebih besar.Rakaman sebagai bukti di mahkamah?Walaupun audio secara teknikalnya boleh dikemukakan sebagai bukti dokumentasi di mahkamah Malaysia di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950, ia tidak bermakna rakaman tersebut secara automatik akan dianggap sebagai bukti yang kukuh.Hakim masih mempunyai budi bicara untuk menentukan berat atau nilai sesuatu bukti.Jika rakaman dibuat tanpa pengetahuan pihak satu lagi, terdapat kemungkinan mahkamah memberikan pertimbangan berbeza terhadap kebolehpercayaannya.Antara sebabnya, orang yang membuat rakaman mengetahui perbualan sedang dirakam dan berpotensi mengarahkan atau mempengaruhi hala tuju perbualan.Sebaliknya, pihak yang satu lagi mungkin bercakap tanpa menyedari bahawa setiap percakapannya sedang dirakam.Keadaan ini boleh menyebabkan mahkamah melihat rakaman tersebut sebagai bahan bukti yang perlu dinilai dengan lebih berhati-hati.Rakam perbualan secara bersemukaDalam situasi ini, ia sedikit berbeza. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 secara khusus berkaitan komunikasi yang dihantar melalui sesuatu rangkaian.Bagi perbualan secara bersemuka yang tidak melibatkan penghantaran melalui rangkaian, kedudukan undang-undangnya adalah berbeza dan tidak dinyatakan secara khusus dengan cara yang sama.Justeru, merakam perbualan secara bersemuka sebagai salah seorang peserta tidak semestinya dilarang secara jelas di bawah akta tersebut.Namun, itu bukan bermakna seseorang bebas melakukan apa sahaja terhadap rakaman berkenaan.Jika rakaman tersebut kemudiannya dikongsi tanpa persetujuan, ia masih boleh menimbulkan isu undang-undang lain, termasuk berkaitan perlindungan data peribadi.Pilihan yang lebih selamatJika anda mahu mempunyai rekod mengenai apa yang dibincangkan dalam panggilan telefon, terdapat beberapa pilihan yang lebih selamat dari sudut undang-undang.Antaranya:- Catat perkara penting sejurus selepas panggilan tamat.- Hantar mesej susulan yang merumuskan perkara yang telah dipersetujui atau dibincangkan.- Jika benar-benar perlu merakam, beritahu pihak satu lagi terlebih dahulu dan dapatkan persetujuannya.