suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan bermakna bebas, ini 10 perkara perlu anda tahu tentang tahanan rumah

Tahanan rumah tidak bermakna bebas, sebaliknya akan dipantau sepenuhnya oleh pegawai daripada Jabatan Penjara Malaysia. -Gambar hiasan AI

PERKEMBANGAN kes membabitkan Datuk Seri Najib Razak yang dijatuhi hukuman penjara enam tahun susulan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, mencuri tumpuan ramai apabila Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Jumaat berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri itu.

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, memperkenankan Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Ketika ini Najib, 73, sedang menjalani hukuman itu di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022.

Ramai yang tertanya-tanya, apa itu tahanan rumah dan bagaimana pelaksanaannya jika seseorang banduan dibenarkan menjalani hukuman tersebut di kediaman sendiri. 

ARTIKEL BERKAITAN: Polis minta periksa telefon ketika ‘road block’? Peguam kongsi 3 perkara perlu pengguna jalan raya ambil tahu

Berikut merupakan perkara penting yang perlu anda ketahui mengenai tahanan rumah: 

1. Seksyen 2 Akta Penjara 1995 mentakrifkan penjara sebagai termasuk rumah dan bangunan.

2. Seksyen 3 Akta Penjara 1995 memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mewartakan mana-mana rumah atau bangunan sebagai penjara bagi membolehkan banduan menjalani hukuman. 

3. Seksyen 4 Akta Penjara 1995 (Akta 537) memperuntukkan bahawa mana-mana bangunan atau tempat yang telah digunakan sebagai penjara semasa permulaan kuat kuasa akta ini hendaklah terus disifatkan dan diiktiraf sebagai penjara yang sah mengikut pengertian akta tersebut.

4. Akta Tahanan Rumah dalam konteks Malaysia adalah satu cadangan undang-undang baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa pembentangan Belanjawan 2025.

YDPA memperkenankan Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

5. Kerajaan menegaskan penggubalan akta baharu ini tiada kaitan dengan mana-mana individu dan dibuat demi reformasi sistem keadilan dan penjara negara.

6. Tujuan utama penggubalannya adalah untuk mengurangkan kesesakan di penjara, menjimatkan kos kerajaan selain memberi peluang kepada pesalah kali pertama dan kes-kes kecil untuk menjalani pemulihan di samping keluarga atau komuniti melalui pemantauan ketat.

7. Pesalah yang layak mendapat tahanan rumah adalah individu yang dikenakan tahanan reman bagi kesalahan jenayah kecil atau pesalah berisiko rendah.

8. Tahanan tidak bebas sepenuhnya, berkemungkinan besar akan dipasang dengan peranti pemantauan elektronik (gajet khas) untuk mengawal pergerakan mereka.

9. Tahanan dipantau sepenuhnya oleh pegawai daripada Jabatan Penjara Malaysia. 

10. Tahanan boleh melakukan aktiviti di dalam kawasan kediaman berdasarkan ketetapan tertentu.

Artikel Lain