suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis minta periksa telefon ketika ‘road block’? Peguam kongsi 3 perkara perlu pengguna jalan raya ambil tahu

Sekatan jalan raya yang dijalankan pihak polis merupakan antara langkah penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. -Gambar hiasan AI

APABILA diminta berhenti di sekatan jalan raya (road block), kebanyakan pengguna jalan raya mungkin akan terus memberikan kerjasama apabila diarahkan pihak polis.

Namun, bagaimana pula jika anggota bertugas meminta telefon bimbit untuk diperiksa?

Seorang peguam yang aktif berkongsi penerangan berkaitan undang-undang di media sosial, Gandhi Palanisamy (@lawyergandhi), menjelaskan terdapat beberapa perkara penting yang perlu diketahui orang ramai sekiranya berdepan situasi berkenaan.

1. Polis mempunyai kuasa memeriksa telefon dalam keadaan tertentu

Menurut Gandhi, polis sememangnya mempunyai kuasa untuk memeriksa telefon bimbit dalam keadaan-keadaan tertentu.

Bagaimanapun, sekadar ditahan di sekatan jalan raya tidak bermakna anggota polis boleh terus menyemak atau menatal kandungan telefon seseorang.

Katanya, pemeriksaan perlu mempunyai asas dan dilakukan bagi tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang.

Beliau turut merujuk Seksyen 116B Kanun Prosedur Jenayah yang memperuntukkan bahawa pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan penggeledahan di bawah Kanun tersebut hendaklah diberikan akses kepada data berkomputer, sama ada data itu disimpan dalam komputer atau sebaliknya.

"Jika syarat seksyen ini dipenuhi, akses mesti diberikan termasuk kata laluan. Jadi, bukan semua permintaan untuk membuka kunci telefon boleh ditolak," katanya.

Pemeriksaan ketika sekatan jalan raya lazimnya melibatkan semakan dokumen, kenderaan dan pemandu bagi memastikan setiap pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan. -Gambar hiasan

2. Tanya dengan baik

Sekiranya anggota polis meminta telefon untuk dibuka, Gandhi menasihatkan orang ramai supaya tidak terus melawan atau berkonfrontasi dengan pihak berkuasa.

Sebaliknya, pengguna jalan raya boleh bertanya secara baik mengenai tujuan pemeriksaan tersebut serta asas kuasa yang digunakan.

Sebagai contoh, mereka boleh bertanya: "Tuan, pemeriksaan telefon saya ini dibuat untuk siasatan apa dan di bawah kuasa apa?"

Menurutnya, bertanya mengenai perkara tersebut bukan bermaksud enggan memberikan kerjasama, sebaliknya ia merupakan langkah untuk memahami sebab pemeriksaan dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Taksub isu Rocky, sanggup sebar maklumat peribadi... Peguam minta netizen hati-hati, jangan langgar undang-undang kerana emosi

3. Catat nama, pangkat dan nombor anggota

Dalam masa sama, orang ramai juga boleh meminta untuk melihat kad kuasa anggota polis berkenaan.

Gandhi menasihatkan supaya pengguna jalan raya mengambil perhatian terhadap nama, pangkat serta nombor anggota yang menjalankan pemeriksaan.

Pada masa sama, peguam ini mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga hak masing-masing tanpa mengabaikan kewajipan untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis.

"Jaga hak anda dan pada masa yang sama, berikan kerjasama kepada pegawai polis yang menjalankan tugas mengikut undang-undang," katanya.

Artikel Lain