RAMAI dalam kalangan kita pernah cuba berjalan di atas batu refleksologi dan terpaksa menahan kesakitan akibat permukaannya yang keras serta tajam.Malah, timbul persepsi umum bahawa aktiviti ini hanyalah untuk golongan warga emas memandangkan ia tidak melibatkan pergerakan fizikal yang berat mahupun lasak. Namun, pernahkah anda terfikir mengapa laluan refleksologi itu direka sedemikian dan apakah manfaat sebenar kepada kesihatan tubuh?Seorang jurulatih kesihatan, Sahim Wafiy di laman Threads berkongsi beberapa fakta menarik berhubung kelebihan memijak batu refleksologi.1. Paksa otak bekerjaTapak kaki manusia dilengkapi dengan pelbagai urat saraf dan reseptor deria.Apabila memijak batu dengan bentuk serta permukaan berbeza, otak dipaksa memproses maklumat tekanan dan kedudukan kaki dengan lebih aktif.2. Otak makin bijakBerjalan di permukaan tidak rata memerlukan otak menentukan kedudukan kaki, agihan berat badan dan cara mengekalkan keseimbangan. Ia membantu melatih koordinasi otak dan tubuh, tetapi bukan bermaksud terus menjadikan seseorang lebih bijak.3. Tingkatkan keseimbanganBadan secara automatik perlu menyesuaikan setiap langkah mengikut keadaan batu yang tidak rata.Situasi ini memaksa sendi buku lali, lutut, pinggul, dan otot teras (core muscles) bekerja lebih keras bagi memastikan kestabilan badan.4. Kuatkan kaki dan buku laliVariasi saiz dan tinggi rendah batu refleksologi menuntut otot kaki serta buku lali bergerak seiring, sekali gus membantu mengukuhkan struktur anggota berkenaan.5. Beri rangsangan deriaKaki kita yang biasa terkurung dalam kasut sebenarnya perlukan rangsangan luar.Jadi apabila kaki mula memijak batu, rumput atau pasir, ia memberikan satu rangsangan baharu.Sensasi tekstur yang berbeza ini rupanya dapat melegakan urat saraf dan memberikan ketenangan pada otak.6. Buat badan rasa lebih legaSesetengah orang akan terasa lebih tenang selepas berjalan di laluan refleksologi.Ini kerana aktiviti tersebut mengalih fokus otak kepada pergerakan tubuh dan memberi 'waktu rehat' daripada menatap skrin gajet.7. Perbaiki postur badanPermukaan laluan yang tidak rata memaksa badan mencari posisi berdiri atau berjalan yang paling stabil.Hal ini secara tidak langsung menjadikan seseorang lebih peka terhadap cara mereka berdiri dan mengagihkan berat badan dengan betul.Dalam pada itu, laporan portal kesihatan Korea Biomedical Review menyatakan kaki sebenarnya memainkan peranan penting sebagai 'enjin' yang melancarkan aliran darah dan tenaga ke seluruh tubuh.Dengan berjalan pada batu refleksologi, ia boleh merangsang peredaran serta aliran tenaga sekali gus meningkatkan fungsi organ dan kesihatan secara menyeluruh.Bukan itu sahaja, tekanan sekata pada titik-titik khas di tapak kaki juga dilaporkan membantu melancarkan proses pembuangan toksin serta mengurangkan bengkak akibat kecederaan tertentu.