suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengisar cincang meletup, ngilu tengok tangan mangsa kena libas pisau ‘chopper’ melayang!

Mangsa menerima 15 jahitan akibat luka terkena bilah chopper

KEMALANGAN ketika menggunakan peralatan dapur boleh berlaku tanpa diduga, malah insiden yang mungkin dilihat kecil boleh mengundang kecederaan serius jika aspek keselamatan diabaikan.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita berkongsi pengalaman salah seorang ahli keluarganya yang mengalami kecederaan sewaktu menggunakan pengisar jenis cincang atau chopper di rumah.

Menurut wanita berkenaan, bahagian bawah alat tersebut tiba-tiba meletup dan pecah ketika sedang beroperasi sebelum bilah pisaunya melayang dan terkena tangan mangsa.

Akibat kejadian itu, tangan mangsa mengalami enam luka sehingga memerlukan 15 jahitan.

Dalam hantaran sama, dia turut memuat naik video yang memaparkan keadaan ngeri tangan mangsa yang dipenuhi balutan luka selepas menerima rawatan di hospital.

Wanita tersebut bagaimanapun menegaskan perkongsiannya bukan bertujuan menghentam mana-mana pihak atau jenama produk, sebaliknya sebagai peringatan supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan chopper atau peralatan lain.

Susulan kejadian itu, pengguna chopper disarankan supaya tidak mengambil mudah aspek keselamatan ketika mengendalikan peralatan berbilah berkenaan.

Mangsa mengalami enam luka dan menerima jahitan pada tangan akibat chopper berkenaan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ketika memilih dan menggunakan chopper adalah seperti berikut:

1. Pastikan alatan elektrik mempunyai kelulusan keselamatan

Sebelum membeli, periksa tanda atau kelulusan keselamatan yang diperlukan bagi produk elektrik seperti Sirim dan Suruhanjaya Tenaga.

Elakkan memilih produk semata-mata berdasarkan harga murah.

2. Periksa keadaan mangkuk atau bekas sebelum digunakan

Pastikan mangkuk tidak retak, sumbing atau mengalami kerosakan lain bagi mengelakkan ia 'meletup' atau pecah akibat tekanan dan putaran bilah sehingga boleh membahayakan.

Sebagai pilihan, pertimbangkan chopper yang menggunakan bekas kaca tebal atau keluli tahan karat kerana kedua-dua bahan ini lazimnya lebih kukuh dan tahan berbanding bekas plastik. 

Namun, pengguna tetap perlu memastikan bekas tersebut sesuai dengan model pengisar serta diperiksa terlebih dahulu sebelum digunakan.

3. Pastikan bilah dan penutup dipasang kemas

Bilah perlu berada pada kedudukan yang betul manakala penutup hendaklah dikunci sepenuhnya sebelum suis ditekan.

Jangan hidupkan mesin jika mana-mana komponen masih longgar.

4. Pastikan tapak chopper stabil

Letakkan pengisar di atas permukaan yang rata, kering dan tidak licin.

Jika model mempunyai tapak getah atau ciri anti-gelincir, pastikan ia dipasang dengan betul sebelum digunakan.

5. Gunakan secara berdenyut, bukan berterusan

Gunakan teknik 'pulse' iaitu tekan dalam tempoh singkat (dua hingga tiga saat) dan beri ruang kepada motor untuk berhenti seketika. 

Elakkan mengisar terlalu lama tanpa henti kerana ia boleh menyebabkan mesin menjadi panas dan bergetar.

6. Jangan pegang atau alihkan bilah ketika masih berpusing

Pastikan suis dimatikan dan palam dicabut terlebih dahulu sebelum membuka penutup, mengeluarkan makanan atau membersihkan bahagian bilah.

7. Hentikan penggunaan jika ada bunyi atau pergerakan pelik

Jika chopper mengeluarkan bunyi luar biasa, bergegar kuat, berbau hangit atau menunjukkan sebarang tanda kerosakan, segera hentikan penggunaan dan periksa keadaannya sebelum digunakan semula.

8. Pastikan bahagian penyambung bilah tahan lasak

Pilih chopper yang menggunakan bahan kukuh pada bahagian penyambung antara motor dan bilah supaya tidak mudah haus atau rosak akibat penggunaan berulang. 

Pastikan juga bahagian tersebut tidak longgar sebelum digunakan.

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk