suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pernah kena ‘karan’ masa tolak troli pasar raya? Ini penjelasan apa yang berlaku dan cara nak elak

Ramai yang mengalami kejutan eletrik selepas terpegang bahagian besi pada troli. -Gambar hiasan AI

PERNAHKAH anda terasa seperti terkena renjatan elektrik atau 'karan' kecil sewaktu memegang besi troli ketika sedang sibuk membeli-belah di pasar raya?

Tular di media sosial apabila seorang pengguna berkongsi gambar troli pasar raya yang didakwa memberikan kejutan elektrik kecil ketika bahagian besinya disentuh.

Perkongsian itu turut mengundang persoalan dalam kalangan warga maya yang tertanya-tanya sama ada keadaan berkenaan berpunca daripada masalah pendawaian di premis atau sekadar kesan elektrik statik.

"Kenapa troli ni boleh bagi rasa macam 'karan' (arus elektrik) apabila besi dipegang? Elektrik statik ke atau masalah pendawaian?

"Apa sebenarnya yang boleh menyebabkan troli besi rasa macam ada arus elektrik? Anda semua rasa ni normal ke?," soalnya.

Berikut antara perkara yang perlu diketahui mengenai fenomena tersebut sebagaimana dikongsikan di Threads.

1. Apa itu elektrik statik?

Elektrik statik ialah cas elektrik yang terkumpul pada permukaan sesuatu objek atau tubuh sebelum dilepaskan apabila bersentuhan dengan objek lain.

Seseorang yang mengalami fenomena itu boleh terasa seperti terkena renjatan kecil apabila menyentuh bahagian logam troli.

2. Bagaimana ia berlaku?

Beberapa faktor boleh menyebabkan cas elektrik statik terkumpul, antaranya geseran roda troli dengan lantai serta geseran pakaian dengan tubuh.

Keadaan udara yang kering dan sejuk juga boleh menyebabkan elektrik statik lebih mudah terkumpul.

Apabila tangan menyentuh bahagian logam, cas tersebut boleh dilepaskan dengan pantas dan menghasilkan kejutan kecil.

3. Apa kesannya kepada pengguna?

Kebiasaannya, kejutan elektrik statik hanya menyebabkan rasa terkejut atau sedikit tidak selesa.

Ada juga yang mungkin mengalami sensasi seperti rambut atau bulu roma terasa berdiri seketika selepas cas dilepaskan termasuk juga rasa tidak selesa.

Bagaimana nak kurangkan risiko terkena kejutan statik?

Beberapa langkah mudah boleh dicuba ketika menggunakan troli, antaranya:

1. Sentuh bahagian pemegang yang mempunyai lapisan plastik.

2. Sentuh objek logam lain terlebih dahulu sebelum memegang troli.

3. Elakkan pakaian yang mudah menghasilkan cas statik seperti fabrik diperbuat daripada sintetik.

4. Gunakan kasut bersesuaian ketika berada di dalam pasar raya.

Namun, jika kejutan berlaku berulang kali, terasa kuat atau disertai percikan dan tanda-tanda lain yang mencurigakan, keadaan itu tidak wajar dipandang ringan.

Pengguna boleh memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan pasar raya supaya pemeriksaan boleh dilakukan.

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk