suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gambar, video punca storan cepat penuh! Buat 5 langkah ini, WhatsApp akan jadi lebih ‘ringan’

Tetapan WhatsApp yang betul boleh membantu kelancaran untuk menggunakan aplikasi tersebut. -Gambar hiasan AI

ADA kalanya telefon akan menjadi perlahan bukan sahaja disebabkan random access memory (RAM) atau kapasiti storan yang semakin penuh.

Aplikasi yang digunakan setiap hari seperti WhatsApp juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah tersebut terutama apabila gambar, video dan dokumen tidak dipadam dan disimpan secara automatik.

Bagaimanapun menurut perkongsian seorang pengguna, Abe Kai, masalah itu boleh dielakan untuk mengurangkan penggunaan storan dan menjadikan WhatsApp lebih teratur.

Menurut Abe Kai, terdapat lima tetapan yang boleh diubah dan prosesnya juga tidak mengambil masa yang lama.

1. Matikan auto download

Jika menyertai banyak kumpulan atau grup WhatsApp, fail seperti gambar, video dan dokumen yang dihantar biasanya akan dimuat turun secara automatik.

Jika tidak dikawal, fail berkenaan boleh menyebabkan ruang storan cepat penuh tanpa disedari.

Tetapan itu boleh diubah menerusi Setting, kemudian pilih Storage and data dan Media auto-download sebelum mematikan pilihan yang tidak diperlukan.

2. Padam fail bersaiz besar

Memadam perbualan semata-mata tidak semestinya mencukupi kerana fail media yang dihantar dan diterima mungkin masih memenuhi ruang storan telefon.

Pengguna boleh menyemak fail berkenaan menerusi setting, kemudian pilih storage and data dan manage storage lalu memadam video atau dokumen bersaiz besar yang tidak lagi diperlukan.

3. Tidak perlu sandarkan video

Video lazimnya mengambil ruang yang lebih besar berbanding gambar.

Justeru, jika video tertentu tidak penting, pengguna boleh mengelakkannya daripada dimasukkan dalam sandaran WhatsApp.

Tetapan ini boleh dibuat menerusi setting, chats lalu pilih chat backup sebelum mematikan pilihan Include videos.

4. Matikan media visibility

Bagi pengguna yang tidak mahu setiap gambar atau video WhatsApp muncul dalam galeri telefon, fungsi media visibility boleh dimatikan.

Caranya adalah dengan pergi ke setting lalu pilih chats dan mematikan tetapan berkenaan.

Langkah itu juga dapat membantu memastikan galeri tidak dipenuhi gambar yang tidak diperlukan.

5. Guna kualiti high definition (HD) apabila perlu

Gambar dalam kualiti HD sememangnya lebih jelas, namun saiz failnya juga boleh menjadi lebih besar.

Jadi, tidak semua gambar perlu dihantar dalam kualiti tersebut.

Menurut Abe Kai, fungsi HD boleh digunakan untuk gambar yang benar-benar memerlukan kualiti lebih tinggi, manakala gambar biasa memadai dihantar menggunakan tetapan standard.

Dengan membuat beberapa perubahan kecil itu, penggunaan storan WhatsApp boleh menjadi lebih terkawal selain membantu memastikan galeri telefon lebih kemas dan teratur.

Artikel Lain