MENCARI rumah sewa bukan sekadar tengok lokasi menarik, periksa keadaan bangunan dan terus membuat bayaran.Dalam keterujaan untuk berpindah, ada kalanya penyewa yang mungkin terlepas pandang beberapa perkara penting sehingga akhirnya berdepan masalah atau kerugian di kemudian hari. Antara perkara yang paling menakutkan bagi bakal penyewa sudah tentunya risiko ditipu.Hal ini kerap berlaku menerusi iklan palsu, individu yang menyamar sebagai pemilik rumah atau ejen, serta desakan untuk membuat bayaran sebelum kewujudan rumah itu disahkan.Justeru, penyewa perlu melakukan semakan terlebih dahulu dan tidak terburu-buru membuat sebarang bayaran atau menandatangani perjanjian. Menurut perunding hartanah dikenali sebagai Syahir, terdapat lima perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum menyewa rumah.1. Jangan terus membuat bayaran depositPastikan identiti pemilik atau ejen hartanah telah disahkan dan rumah yang ditawarkan benar-benar wujud sebelum membuat sebarang bayaran.Jangan terlalu terburu-buru memindahkan wang hanya kerana bimbang rumah tersebut terlepas ke tangan orang lain.2. Semak jumlah deposit sebenarDapatkan maklumat lengkap mengenai jumlah bayaran yang perlu disediakan, termasuk:a) Booking feeb) Security depositc) Utility depositd) Advance rentalLangkah ini penting supaya penyewa mengetahui jumlah keseluruhan yang perlu dibayar sebelum menandatangani perjanjian sewa.3. Periksa keadaan rumahLakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap keadaan rumah sebelum berpindah masuk. Antara yang wajib diperiksa ialah fungsi penghawa dingin, pemanas air, paip, tandas, soket elektrik, lampu, pintu dan perabot bagi rumah yang disewakan secara berperabot.Ambil gambar atau video sebagai rekod keadaan rumah sebelum diduduki.4. Tanya mengenai semua kos tambahanPastikan semua kos berkaitan sewaan diketahui daripada awal termasuk caj penyelenggaraan, parkir, internet, kad akses, duti setem perjanjian dan bayaran lain yang berkaitan.5. Baca perjanjian sewaan dengan telitiJangan terus menandatangani perjanjian hanya kerana sudah berkenan dengan rumah tersebut.Semak tempoh sewaan, tempoh notis, syarat pemulangan deposit, tanggungjawab berkaitan kerosakan serta klausa penamatan perjanjian.Paling penting, jangan teragak-agak untuk bertanya kepada ejen atau pemilik sekiranya terdapat perkara yang kurang jelas.Memastikan semua terma dan kos difahami dari awal dapat membantu mengelakkan masalah pada masa akan datang.