Contoh visual janaan AI bagi menunjukkan antara fungsi yang boleh dilakukan menerusi sistem CCTV beranalitik.
PENGGUNAAN sistem kamera litar tertutup (CCTV) beranalitik di tempat kerja kini menjadi bualan hangat.Mana tidaknya, teknologi canggih berkenaan didakwa mampu membantu majikan memantau pelbagai aktiviti pekerja selain memudahkan pengurusan operasi harian. Sistem berkenaan diperkenalkan individu bernama KN, yang menunjukkan bagaimana teknologi tersebut boleh digunakan untuk mengesan pergerakan, tempoh masa melakukan sesuatu aktiviti serta mengenal pasti situasi tertentu dalam premis.Menerusi perkongsian itu, KN turut menunjukkan contoh visual yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (artificial intelligence) atau AI sebagai gambaran mengenai fungsi sistem berkenaan."Guna sistem CCTV ni dalam ofis, kantoi kalau jenis staf suka mengular ni. Yang jenis banyak main handphone daripada buat kerja. Yang jenis banyak bersembang daripada buat kerja."Sistem ni dah on live pun. Ramai sudah guna. Alhamdulillah... sistem macam ni ada yang suka, ada yang tak suka. Yang tak suka memang staf la kan? Bos mesti suka."Apa yang nak risau. Bos tidak la bodoh sampai tak boleh nak beza mana okey, mana tidak. Tak boleh main handphone terus ke? Dah kalau itu melibatkan kerja takkan la bos sampai tak boleh fikir itu sebab kerja?," katanya.Untuk makluman, sistem CCTV beranalitik menggunakan AI dan algoritma perisian untuk menganalisis rakaman video secara langsung tanpa memerlukan pengawasan manusia yang berterusan.Sistem ini berupaya menukarkan video mentah, seperti yang dikongsikan KN, menjadi data pintar untuk tindakan lanjut.Bagaimanapun, hantaran mengenai sistem itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang menganggap penggunaannya sebagai bentuk micromanaging (pengurusan mikro) terhadap pekerja.Teknologi berkenaan juga boleh membantu pemilik perniagaan menganalisis pergerakan pelanggan dan operasi premis bagi merancang strategi perniagaan."Makin kuat la sistem perhambaan lepas ni. Produktiviti Malaysia makin tinggi tapi gaji naik RM100. Negara selain Asia tak ada pun micromanage tapi annual leave boleh bagi sebulan."Paternity leave tiga bulan. Negara kita ni beria nak micromanage pekerja tapi mengharapkan syarikat makin kaya."Pekerja akhirnya boleh mengalami burnout dan tekanan. Jika sistem ini digunakan untuk menetapkan jangkaan kerja yang tidak munasabah, lama-kelamaan pekerja akan rasa seperti hamba abdi dan bukannya dihargai."Akhirnya, ramai memilih untuk berhenti kerja. Itu tidak mustahil. Bos atau pihak atasan melakukan pemantauan juga bukanlah sempurna. Keseimbangan itu penting. "Pantau perkara perlu sahaja, tetapi jangan sampai menjejaskan motivasi pekerja untuk bekerja," komen beberapa netizen.Mengulas perkara itu, KN menjelaskan sistem berkenaan bukan semata-mata bertujuan untuk mencari kesalahan pekerja, sebaliknya mempunyai pelbagai fungsi yang boleh membantu majikan dan pekerja.Menurut KN, sistem tersebut juga boleh digunakan untuk mengesan situasi seperti bahaya, aktiviti mencurigakan, kecurian dan buli berlaku dalam persekitaran tempat kerja.Katanya, teknologi berkenaan turut boleh membantu majikan menilai prestasi pekerja, termasuk menetapkan Key Performance Indicator (KPI) serta ganjaran bonus berdasarkan output kerja.KN turut menegaskan penggunaan sistem itu tidak sepatutnya dilihat sebagai satu bentuk 'perhambaan' seperti yang didakwa sesetengah netizen."Teknologi membantu, memudahkan semua pihak. Yang jenis 'curi tulang' memang tak suka. Macam mana kalau yang jenis tipu kerja lebih (OT) masa ke, cakap buat kerja tapi tak buat?"Bos ni setakat sekali dua dia layan je. Kalau selalu sampai pijak kepala macam mana?"Tak kisah kerja kilang ke, dekat sekolah ke, pejabat mana sekali pun. Ia memang banyak membantu untuk mencegah dari berlaku perkara buruk dan juga staf yang jenis pemalas," katanya.Dalam pada itu, KN berkata teknologi tersebut bukan hanya sesuai digunakan di pejabat, malah boleh memberi manfaat kepada pemilik kedai dan premis perniagaan.Antaranya termasuk mengenal pasti waktu premis paling sibuk, jumlah pelanggan, corak perbelanjaan serta membantu menentukan keperluan tenaga kerja dan strategi promosi.Menurutnya, penggunaan teknologi secara betul boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, termasuk pekerja yang mampu meningkatkan prestasi dan seterusnya berpeluang menerima gaji atau bonus lebih tinggi.