SIAPA sangka pertemuan tanpa sengaja di sebuah butik Gucci di Madrid, Sepanyol menjadi permulaan kisah cinta hampir sedekad bintang bola sepak Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez.Hubungan yang pada awalnya sekadar kenalan biasa berkembang menjadi cinta sejati, melalui pelbagai fasa sepanjang sedekad mereka bersama. Kisah cinta Ronaldo, 41 dan Georgina, 32, akhirnya memasuki episod baharu apabila pasangan tersebut sah bergelar suami isteri pada Selasa.Majlis perkahwinan sivil pasangan berkenaan berlangsung di Cascais, Portugal, sebuah bandar peranginan di pesisir pantai yang terletak kira-kira 32 kilometer di barat Lisbon.Berita itu membuatkan peminat bersorak kegembiraan yang memang menanti-nantikan bintang kegemaran mereka itu bergelar raja sehari.Bersempena hari bahagia Ronaldo dan Georgina, ini tujuh fakta menarik mengenai pasangan ini.Cinta pasangan ini berputik selepas Ronaldo pertama kali bertemu dengan Georgina di butik Gucci.1. Pertemuan di butik GucciKisah cinta Ronaldo dan Georgina sebenarnya bermula jauh daripada dunia bola sepak dan kehidupan glamor.Kapten bola sepak mewakili Portugal sempena Piala Dunia itu pertama kali bertemu ketika Georgina bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah butik Gucci di Madrid, Sepanyol.Pertemuan itu akhirnya membawa kepada hubungan yang semakin serius sebelum mereka mula tampil bersama di khalayak ramai.2. Tayang hubungan pada 2017Georgina mula mendapat perhatian apabila sering muncul bersama Ronaldo dalam pelbagai acara besar sekitar 2017.Sejak itu, pasangan berkenaan tidak lagi berselindung mengenai hubungan mereka dan sering berkongsi momen bersama di media sosial.Hubungan mereka turut melalui pelbagai fasa apabila kerjaya Ronaldo membawa keluarga mereka berpindah dari Sepanyol ke Itali sebelum akhirnya ke Arab Saudi.Pasangan ini mula mendedahkan hubungan sejak 2017 pada umum.3. Georgina bukan sekadar pasangan RonaldoSelain bergelar pasangan kepada salah seorang pemain bola sepak paling terkenal di dunia, Georgina turut membina kerjaya dan namanya sendiri.Wanita kelahiran Sepanyol itu aktif sebagai model, usahawan, personaliti media sosial serta bintang rancangan realiti.Kehidupan hariannya bersama Ronaldo dan keluarga turut menjadi kandungan utama siri Netflix, I Am Georgina.4. Lima anak bersama Keluarga menjadi antara perkara paling penting dalam hubungan Ronaldo dan Georgina.Ronaldo mempunyai Cristiano Jr., pasangan kembar Eva dan Mateo hasil melalui kaedah ibu tumpang manakala Alana Martina dan Bella Esmeralda merupakan anak mereka bersama.Pada 2022, pasangan itu melalui detik amat menyedihkan selepas mengumumkan kematian bayi lelaki mereka, Ángel, yang merupakan kembar kepada Bella.Georgina juga secara terbuka menerima anak-anak Ronaldo yang lebih berusia sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.Ronaldo dan Georgina kini membesarkan lima anak bersama.5. Bertunang 11 Ogos 2025Georgina mengumumkan pertunangan dengan Ronaldo pada 11 Ogos 2025.Setahun kemudian, pada tarikh yang sama, pasangan itu akhirnya mengesahkan mereka sudah berkahwin.Pengumuman tersebut dibuat secara cukup ringkas menerusi Instagram apabila Ronaldo dan Georgina berkongsi foto mengenakan pakaian putih sambil memperlihatkan cincin perkahwinan masing-masing.6. Cincin pertunangan Georgina curi perhatian ramaiRonaldo melamar Georgina pada Ogos 2025, lebih sembilan tahun selepas mereka pertama kali bertemu di butik Gucci di Madrid.Georgina mengumumkan berita pertunangan itu menerusi Instagram dengan mempamerkan cincin berlian bersaiz luar biasa, sehingga fotonya mendapat perhatian ramai.Georgina ketika menghadiri Fetival Filem Venice. -Foto Theo Wargo/Getty ImagesMalah, cincin tersebut dianggarkan mempunyai berat lebih 30 karat dan bernilai sekurang-kurangnya 1 juta dolar Amerika Syarikat (USD) (kira-kira RM4 juta), malah ada pakar menganggarkan nilainya boleh mencecah 5 juta USD (sekitar RM20 juta).Nilai tersebut sekali gus menjadikannya antara cincin pertunangan selebriti paling mahal.Beberapa minggu selepas pengumuman pertunangan, Georgina turut memperlihatkan cincin berkenaan dengan lebih dekat ketika menghadiri Festival Filem Venice.Ketika itu, dia melengkapkan penampilan dengan barangan kemas berlian lain yang dianggarkan keseluruhannya melebihi 80 karat.Ronaldo pernah menggelar Georgina sebagai 'isteri' ketika mereka sedang bercinta. -Getty Image7. Sempat jadi bahan spekulasi sebelum kahwinSebelum perkahwinan sebenar berlangsung, pasangan itu sudah lama menjadi perhatian kerana status hubungan mereka.Ronaldo sendiri pernah merujuk Georgina sebagai 'isteri' sebelum mereka mengumumkan pertunangan, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa mereka mungkin telah berkahwin secara rahsia.Malah, sebelum majlis sebenar, ratusan peminat dan pengamal media dilaporkan berkumpul di Katedral Funchal di Madeira selepas tersebar khabar angin bahawa Ronaldo dan Georgina akan berkahwin pada 8 Ogos lalu.Ada majlis perkahwinan berlangsung di katedral berkenaan, tetapi pasangan yang berkahwin ketika itu bukan Ronaldo dan Georgina.Kini, selepas hampir 10 tahun bersama, kisah cinta Ronaldo dan Georgina memasuki bab baharu apabila mereka akhirnya bergelar suami isteri.