suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

’Flight’ ke Pulau Pinang lengang, individu risau syarikat penerbangan tanggung rugi... Kru kabin tampil perjelas tentang ’belly cargo’

Pesawat akan tetap berlepas walaupun tempat duduk tidak dipenuhi dengan penumpang. -Gambar hiasan AI

MUNGKIN ada yang pernah tertanya-tanya sama ada syarikat penerbangan terpaksa menanggung kerugian sekiranya pesawat tidak 'full' dengan penumpang.

Persoalan itu timbul selepas seorang individu berkongsi pemerhatiannya terhadap penerbangan dinaikinya ke Pulau Pinang yang kelihatan agak lengang sedangkan laluan berkenaan mempunyai beberapa perjalanan setiap hari.

Bagaimanapun persoalan itu terjawab apabila seorang kru penerbangan menggunakan nama @DonTheSkyWalker membalas pertanyaan itu dan membuka prespektif berbeza tentangnya.

Menurutnya, jumlah penumpang di dalam kabin bukan satu-satunya faktor menentukan sama ada sesebuah penerbangan itu menguntungkan atau sebaliknya.

Katanya, ruang kargo di bahagian bawah pesawat atau dikenali sebagai belly cargo turut memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan syarikat penerbangan.

"Aku sebagai kru kabin, kalau kau nak tahu bawah tiu banyak kargo yang perlu dihantar. Tak kisah mana-mana destinasi pun.

"Kena tahu flight bukan untuk menumpang sahaja. Dia terbang walaupun tiada penumpang tetapi bawah itu beratnya lebih tiga hingga empat tan. Itu buat duit untuk airlines.

Tambahnya, penerbangan juga terikat dengan kuota atau jadual tertentu berdasarkan perjanjian antara syarikat penerbangan dengan sesebuah negeri atau negara.

Sebagai contoh, sekiranya terdapat perjanjian untuk mengendalikan 10 penerbangan sehari ke Singapura, penerbangan tersebut perlu dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan.

Belly cargo akan dipenuhi dengan barang bergantung kepada kapasiti serta keperluan penerbangan. -Gambar hiasan AI

Perkongsian itu turut mendapat sokongan seorang individu, Acap Friday, yang mendakwa bekerja dalam sektor pengendalian kargo udara.

Menurutnya, ketiadaan penumpang tidak semestinya bermaksud penerbangan berkenaan mengalami kerugian kerana ruang kargo di bawah pesawat boleh dipenuhi dengan barangan untuk dihantar ke destinasi.

Katanya, walaupun sesetengah barangan boleh dihantar melalui jalan darat, terdapat industri yang memerlukan komponen tertentu dihantar dalam tempoh lebih singkat.

"Penumpang tak ada bukan bermaksud rugi tapi belly kapal kita buatkan full kargo. Bagi yang tertanya... Semenanjung kan boleh hantar pakai lori? Tak semua boleh hantar pakai lori.

"Industri kita banyak memerlukan komponen dalam masa singkat, jadi hantar pakai kapal menjimatkan masa. Contoh barangan elektronik, kain dan belum lagi masuk makanan laut atau frozen food.

"Semua tu memerlukan penghantaran dalam jangka masa singkat,'" jelas Acap.

Malah, menurutnya, operasi kargo udara bukan sekadar bergantung kepada ruang kargo di bawah pesawat penumpang.

Katanya, bagi sesetengah penerbangan, ruang kargo boleh dibahagikan antara bagasi penumpang bergantung kepada kapasiti serta keperluan penerbangan.

Menariknya, konsep berkenaan turut digunakan ketika pandemik Covid-19 apabila sekatan perjalanan menyebabkan permintaan penerbangan penumpang merosot dengan ketara.

Menurutnya, ketika itu pesawat penumpang digunakan untuk membawa kargo menerusi konsep Passenger to Cargo (P2C) termasuk kerusi penumpang.

Jadi, lain kali kalau nampak pesawat yang kelihatan 'kosong' ketika berlepas, jangan terus anggap penerbangan itu mengalami kerugian.

Artikel Lain