TAYAR merupakan satu-satunya komponen kenderaan yang bersentuhan secara langsung dengan permukaan jalan.Disebabkan itulah penjagaan tayar amat penting bagi memastikan keselamatan dan prestasi pemanduan sentiasa berada pada tahap terbaik. Bagi mengelakkan risiko kemalangan akibat kerosakan atau bunga tayar haus, pemeriksaan berkala wajib dilakukan.Menurut perkongsian Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), pemeriksaan tayar perlu meliputi tekanan angin, kedalaman bunga tayar dan keadaan fizikal tayar.Antara jenis kerosakan dan kehausan tayar yang perlu diberi perhatian ialah:1. Haus di bahagian tengah bunga tayarKeadaan ini boleh berlaku akibat tekanan angin tayar yang terlalu tinggi.Pastikan tekanan angin mengikut spesifikasi ditetapkan pengeluar.2. Haus di bahagian kiri dan kanan tayarTekanan angin yang terlalu rendah boleh menyebabkan bahagian sisi bunga tayar mengalami kehausan lebih cepat.3. Kehausan seragamKehausan yang berlaku secara menyeluruh boleh menunjukkan tayar telah digunakan melebihi jangka hayat disyorkan. Tayar perlu ditukar apabila kedalaman bunga mencapai had minimum.4. Tompok-tompok haus dan terhakisKeadaan ini boleh berpunca daripada kerosakan sistem suspensi, pemanduan di jalan yang tidak rata atau ketidakseimbangan tayar.5. Haus tidak sekataAntara puncanya ialah penjajaran tayar yang tidak betul atau sudut kecondongan tayar tidak mengikut spesifikasi.6. Benjolan pada tayarBenjolan boleh menunjukkan kerosakan pada struktur dalaman tayar. Tayar yang mengalami keadaan benjol perlu diganti dengan segera.Pemeriksaan berkala bukan sahaja membantu memastikan tayar berada dalam keadaan baik, malah penting bagi menjamin keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya lain.