suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingat tebuk saja-saja? Rupanya ini fungsi rahsia lubang kecil pada pengetip kuku... Sudah wujud sejak 145 tahun lalu!

Lubang pada pengetip kuku bukan sekadar hiasan, sebaliknya mempunyai fungsi yang ramai tidak pernah tahu. -Gambar hiasan AI

HAMPIR setiap rumah pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu pengetip kuku, namun ramai yang tidak pernah sedar atau mengambil tahu kewujudan lubang kecil di bahagian bawah alat berkenaan.

Malah, kebanyakan orang menyangka lubang itu sekadar hiasan atau reka bentuk tanpa sebarang fungsi khusus.

Hakikatnya, lubang kecil itu mempunyai kegunaan tersendiri dan reka bentuknya telah digunakan sejak lebih 145 tahun lalu.

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif EDJY, Jake Peters yang mengkaji reka bentuk pengetip kuku, fungsi sebenar lubang tersebut adalah untuk memasang cincin kunci (keychain), lanyard atau menggantungnya pada beg kelengkapan dandanan diri (toiletries).

Dengan cara itu, pengetip kuku lebih mudah disimpan dan tidak cepat hilang.

Bukan itu sahaja, lubang tersebut juga membolehkan ia digantung pada cangkuk bilik air atau menyatukan dua pengetip kuku menggunakan cincin besi, terutamanya bagi membezakan kegunaan antara kuku tangan dan kuku kaki.

Menariknya, fungsi tersebut bukanlah sesuatu yang baharu.

Menurut Jake, reka bentuk asal pengetip kuku moden dipatenkan di Amerika Syarikat menerusi U.S. Patent No. 244,891 oleh dua pencipta dari Cincinnati, Ohio, iaitu Eugene Heim dan Celestin Matz.

Paten itu memperkenalkan reka bentuk finger-nail trimmer berasaskan tuil yang masih menjadi asas kepada kebanyakan pengetip kuku moden sehingga hari ini.

Malah, paten tersebut turut menunjukkan kewujudan gelung (loop) pada hujung pemegang yang berfungsi untuk menggantung atau memasang alat itu pada rantai jam atau objek lain.

Konsep itulah kemudiannya berkembang menjadi lubang kecil yang masih dikekalkan pada pengetip kuku hingga kini.

Walaupun reka bentuknya berubah menjadi lubang kecil, fungsinya tetap dikekalkan kerana terbukti praktikal untuk kegunaan harian.

Dalam kebanyakan reka bentuk pengetip kuku moden, lubang itu juga memainkan peranan semasa proses pembuatan sebagai tempat memasang pin yang menyambungkan tuil dengan badan pengetip kuku.

Walaupun saiznya kecil dan sering dipandang remeh, lubang pada pengetip kuku sebenarnya merupakan antara ciri reka bentuk yang kekal digunakan kerana masih relevan dan berfungsi sehingga hari ini. -Agensi

Artikel Lain