suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hos tong LPG tercabut sendiri, rumah penuh bau gas! Wanita kongsi detik cemas, mujur tak gatal tangan petik suis lampu

Jangan sesekali memetik suis lampu jika terhidu bau gas menyengat di dalam rumah. -Gambar hiasan AI

KESILAPAN kecil ketika berdepan situasi kebocoran gas petroleum cecair (LPG) boleh membawa padah buruk, malah berisiko meragut nyawa dalam sekelip mata.

Itulah pengalaman cemas dikongsikan seorang wanita selepas menghidu bau gas yang memenuhi kediamannya.

Menurut wanita berkenaan, dia terhidu bau gas yang sangat kuat selain terdengar bunyi gas keluar dengan jelas sebaik sahaja membuka pintu rumah.

Situasi itu menyebabkan dia panik, namun cuba bertenang dan mengingati semula langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebocoran gas.

"Silap langkah boleh hilang nyawa. Aku tinggalkan rumah satu malam je. Masa nak buka pintu, bau gas kuat gila. Buka je pintu... hah (terkejut). Dari rumah aku?

"Lepas tu dengar bunyi gas bocor, kuat sangat. Masa tu sudah cuak. Tarik nafas dulu bertenang. Ingat balik, kalau gas bocor kena buat apa. Nasib otak berfungsi dalam keadaan takut," ceritanya.

Menurutnya, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu adalah tidak menyalakan lampu, selain cuba membuka ruang pengudaraan bagi membolehkan gas keluar dari rumah.

Selepas keadaan sedikit reda, wanita itu kemudian memeriksa punca kebocoran dan mendapati hos gas pada bahagian dapur tercabut.

"Benda pertama kalau bau gas dalam rumah, jangan buka lampu. Buka kepala (injap) gas kemudian buka tingkap dan pintu dalam rumah. Supaya gas tu boleh keluar.

"Tutup semua suis dan cabut plug. Lepas tu aku tengok, rupanya hos gas tu tercabut dari dapur. Macam mana entah boleh tercabut. Lepas tu check tong gas, dah ada wap dekat tong tu.

"Ya Allah, tak tahu betapa takutnya aku masa tu. Tak tahu la berapa lama sudah gas tu keluar," imbas wanita itu mengenai detik cemas tersebut.

Susulan kejadian tersebut, wanita berkenaan berharap pengalamannya itu dapat menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya menanggalkan injap tong gas sebelum meninggalkan rumah.

Artikel Lain