suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lenjan selagi tak rosak! Ambil tahu 5 risiko menanti abai ‘mileage’ servis kereta

Terlambat untuk servis kereta boleh memberi risiko kepada kenderaan. -Gambar hiasan AI

SETIAP kereta mempunyai jadual servis berdasarkan mileage (jarak perjalanan) kenderaan atau tempoh tertentu bagi memastikan komponen penting diperiksa dan diselenggara. 

Jika jarak perjalanan itu sudah melepasi jadual servis tetapi kereta masih digunakan seperti biasa, beberapa komponen mungkin terus beroperasi tanpa penyelenggaraan yang sepatutnya. 

Perkongsian itu dibuat seorang mekanik menerusi Altimat Saujana Utama di TikTok menjelaskan lima risiko yang perlu ditanggung apabila servis kereta dilambatkan.

1. Minyak enjin

Minyak enjin yang sudah lama digunakan boleh menjadi kotor dan semakin pekat.

Keadaan itu menyebabkan minyak tidak dapat melincirkan komponen enjin dengan baik, sekali gus meningkatkan geseran.

Kesannya, suhu enjin boleh menjadi lebih tinggi dan meningkatkan risiko kerosakan pada komponen enjin.

2. Penapis (filter)

Penapis udara, penapis bahan api dan penapis minyak enjin juga perlu diberi perhatian.

Jika tidak ditukar mengikut keperluan, penapis boleh menjadi semakin kotor dan tersumbat, sekali gus menjejaskan fungsi sistem berkaitan.

3. Keadaan tayar

Servis berkala juga memberi peluang untuk memeriksa keadaan tayar, termasuk tekanan angin dan tahap kehausan bunga tayar.

Jika servis terlewat, pemeriksaan ini juga mungkin tertangguh dan masalah pada tayar boleh tidak disedari.

4. Cecair atau minyak dalam sistem kereta

Minyak brek, cecair penyejuk enjin (coolant) dan minyak stereng kuasa bagi kenderaan yang menggunakannya antara bahagian perlu diperiksa.

Masalah seperti kebocoran atau keadaan cecair yang tidak sesuai jika tidak dikesan awal boleh menyebabkan komponen lain turut rosak.

5. Keselamatan pemanduan boleh terjejas

Pemeriksaan sistem brek, suspensi dan komponen berkaitan keselamatan juga penting dalam servis berkala.

Jika pemeriksaan 'terlepas' terlalu lama, pemandu mungkin tidak mengetahui terdapat masalah pada sistem berkenaan yang boleh menjejaskan kawalan kenderaan dan keselamatan ketika memandu.

Artikel Lain