suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan simpan pisau cukur dalam bilik air! Bukan saja senang karat, sarang bakteria berkumpul

Menggunakan pisau cukur berkarat boleh memberi kesan buruk pada kulit. -Gambar hiasan AI

MENYIMPAN pisau cukur dalam bilik mandi memang nampak praktikal, terutama bagi mereka yang bercukur setiap hari. 

Namun, tabiat itu sebenarnya boleh menyebabkan pisau cukur lebih cepat rosak selain meningkatkan risiko masalah pada kulit.

Menurut pakar dermatologi bertauliah dan pengasas Facet Dermatology, Geeta Yadav, bilik mandi bukan lokasi ideal untuk menyimpan pisau cukur kerana keadaan lembap menyebabkan alat tersebut sukar kering sepenuhnya selepas digunakan.

Jelasnya, kelembapan yang berterusan pada mata pisau boleh mempercepatkan pengoksidaan dan menyebabkan beberapa masalah berikut.

1. Cepat tumpul

Kelembapan boleh menyebabkan mata pisau lebih cepat hilang ketajaman. 

Pisau yang tumpul pula cenderung menyeret kulit dan boleh menyebabkan iritasi, luka kecil serta rambut tumbuh ke dalam.

2. Mudah terdedah kepada bakteria

Persekitaran bilik mandi yang hangat dan lembap sesuai untuk pertumbuhan bakteria dan kulat.

Air yang tertinggal pada pisau juga boleh menyebabkan pembentukan biofilem, iaitu lapisan mikroorganisma melekat pada permukaan.

Apabila digunakan semula, mikroorganisma tersebut boleh berpindah ke kulit dan meningkatkan risiko folikulitis atau keradangan pada folikel rambut.

3. Boleh berkarat

Kelembapan berterusan juga boleh menyebabkan bahagian logam pada pisau berkarat atau mengalami kakisan (berkarat).

Permukaan mata pisau yang kasar boleh menyebabkan lebih banyak geseran ketika bercukur, sekali gus meningkatkan risiko luka dan iritasi.

Jika sudah nampak tanda karat, sebaiknya terus gantikan pisau tersebut.

4. Simpan di tempat kering

Tempat paling sesuai untuk menyimpan pisau cukur ialah kawasan kering seperti laci atau almari di luar bilik mandi.

Jika masih mahu menyimpannya dalam bilik mandi, jauhkan daripada percikan air dan gunakan pemegang atau pengait.

Selepas digunakan, bilas hingga bersih dan pastikan ia kering sepenuhnya sebelum disimpan. -Agensi

Artikel Lain