suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan salah ayam masak merah! Ini ‘dalang’ kes keracunan makanan di kenduri kahwin

Cara penyediaan betul penting bagi mengelakkan berlaku keracunan makanan.

JIKA menghadiri kenduri kahwin, pasti ramai daripada kita akan terbayangkan hidangan ayam masak merah yang enak dimakan bersama nasi minyak.

Namun malangnya, hidangan itu sering dikaitkan sebagai punca sekiranya berlaku kes keracunan makanan di majlis kenduri.

Adakah benar ayam masak merah merbahaya? Atau ada perkara lain yang menyebabkan hidangan itu dikaitkan sebagai punca keracunan makanan?

Menerusi perkongsian Saiful Abd Rahman yang banyak berkongsi fakta dan mitos industri makanan menjelaskan hidangan tersebut tidak bersalah sebaliknya proses memasak tidak dikendalikan dengan betul menjadi punca masalah tersebut.

Saiful menjelaskan ayam yang digunakan untuk menyediakan masakan tersebut biasanya akan digoreng sehari sebelum majlis berlangsung.

Ayam berkenaan kemudian dibiarkan semalaman pada suhu bilik sebelum dimasak semula menjadi ayam masak merah untuk dihidangkan kepada tetamu pada keesokan harinya.

Persoalannya, bagaimana ayam yang sudah digoreng masih boleh menyebabkan keracunan makanan?

Menurut Saiful, masalah bukan semata-mata berpunca daripada proses memasak, sebaliknya cara makanan dikendalikan selepas dimasak juga memainkan peranan penting.

Ayam yang telah digoreng sehari lebih awal dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik, sekali gus memberi peluang kepada bakteria Salmonella untuk membiak.

Keadaan itu menunjukkan makanan yang sudah dimasak tidak semestinya selamat sekiranya dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama.

Justeru, bagi mereka yang menyediakan makanan dalam kuantiti banyak seperti untuk kenduri, katering atau tempahan, aspek keselamatan makanan tidak sepatutnya terhenti selepas makanan siap dimasak.

Cara makanan disejukkan, disimpan dan dikendalikan sebelum dihidangkan juga perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kejadian keracunan makanan.

Artikel Lain