suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tabiat angkat ‘wiper’ ketika parkir tindakan sia-sia, sebaliknya komponen lain pula yang rosak

Mengangkat wiper boleh merosakkan komponen pada kereta. -Gambar hiasan AI

RAMAI pemilik kereta mempunyai tabiat mengangkat wiper atau pengelap cermin kereta ketika meletakkan kenderaan di kawasan terbuka, terutama apabila cuaca panas terik.

Tindakan itu biasanya dilakukan kerana bimbang getah wiper akan cepat rosak, mengeras atau mengembang akibat terdedah kepada suhu tinggi.

Namun, perkongsian mengenai penjagaan wiper menunjukkan tabiat tersebut sebenarnya tidak semestinya perlu dilakukan.

Berdasarkan perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PT Welty Indah Perkasa (Wealthy Group), Arief Hidayat, mengangkat wiper ketika kereta diparkir bukanlah cara diperlukan untuk melindungi getah daripada cuaca panas.

Menurutnya, wiper direka menggunakan bahan yang mampu menahan suhu tinggi, termasuk bahagian getah, dan tidak mudah rosak hanya kerana terdedah kepada cuaca panas melebihi 30 darjah Celsius.

Malah, pengelap cermin berkualiti biasanya telah melalui ujian ketahanan di peringkat pengeluaran dan mampu diuji pada suhu sekitar 100 hingga 200 darjah Celsius.

Menurut Arief yang memiliki ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari England, getah pada wiper juga dikatakan sekurang-kurangnya mampu bertahan pada suhu sekitar 80 darjah Celsius tanpa rosak atau cair.

Justeru, pemilik kenderaan tidak perlu terlalu bimbang untuk membiarkan wiper berada pada kedudukan asal ketika kereta diparkir di bawah cuaca panas.

Sebaliknya, tabiat mengangkat wiper terlalu kerap boleh memberi kesan kepada bahagian spring pada alat tersebut kerana tekanan berterusan berpotensi menyebabkan spring menjadi kendur.

Keadaan itu akhirnya boleh menjejaskan keupayaan wiper untuk berfungsi dengan baik ketika digunakan, terutama ketika hujan.

Apa yang lebih penting ialah memastikan wiper diperiksa dan diganti apabila getahnya sudah keras, reput atau tidak lagi membersihkan cermin dengan sempurna. -Agensi

Artikel Lain