suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Rupanya salah beli!” - Lelaki ini kongsi 8 panduan pilih kipas angin, ada sebab bilik tidur kena pakai jenis lima bilah

Pilih kipas dengan bilangan bilah yang sesuai mengikut keluasan ruang kediaman. -Gambar hiasan AI

PEMILIHAN kipas untuk rumah baharu bukan sekadar melihat reka bentuk tetapi warna atau bilangan bilah yang kelihatan menarik.

Bagi mereka baru berpindah rumah, saiz ruang, ketinggian siling dan jenis kelajuan angin antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pembelian.

Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial, Faez Asraf, pemilihan kipas yang tidak sesuai dengan keluasan ruang boleh menyebabkan aliran angin tidak tersebar dengan baik.

Jadi, sebelum memilih kipas untuk setiap ruang di rumah, lapan perkara ini boleh dijadikan panduan.

1. Tiga bilah

Kipas tiga bilah biasanya menghasilkan kelajuan angin yang lebih terus dan kuat.

Disebabkan reka bentuknya lebih ringan, bunyi angin juga mungkin lebih kedengaran ketika kipas beroperasi.

2. Empat bilah

Kipas empat bilah pula memberikan kelajuan lebih lancar dan seimbang.

Ia boleh menjadi pilihan untuk ruang yang agak besar seperti ruang tamu, selain menghasilkan bunyi angin lebih rendah berbanding sesetengah kipas tiga bilah.

3. Lima bilah untuk bilik tidur

Bagi yang mengutamakan angin lebih lembut, stabil dan senyap, kipas lima bilah boleh dipertimbangkan.

Ia sesuai digunakan di bilik tidur kerana aliran anginnya lebih lembut dan kurang mengganggu ketika tidur.

4. Pilih saiz mengikut keluasan ruang

Bilangan bilah sahaja tidak mencukupi kerana saiz kipas juga perlu sepadan dengan ruang.

Kipas berukuran 36 hingga 42 inci sesuai untuk bilik atau ruang kecil, manakala 42 hingga 48 inci boleh dipertimbangkan untuk bilik bersaiz sederhana.

Untuk bilik utama, bilik besar atau ruang makan, saiz 52 hingga 56 inci lebih sesuai.

Ruang besar atau konsep open space atau ruang terbuka pula mungkin memerlukan kipas berukuran 60 inci ke atas.

5. Pertimbangkan dua kipas untuk ruang panjang

Ruang yang panjang atau berkonsepkan open-plan, iaitu ruang terbuka yang tidak banyak dipisahkan oleh dinding atau pintu, tidak semestinya memerlukan sebuah kipas  bersaiz besar.

Dalam keadaan tertentu, dua kipas bersaiz sederhana mungkin lebih berkesan kerana aliran angin boleh diagihkan kepada dua zon berbeza.

6. Jangan lupa jenis motor

Jenis motor juga antara perkara boleh diperiksa sebelum membeli.

Kipas dengan motor AC (alternating current atau arus ulang-alik) dan DC (direct current atau arus terus) mempunyai ciri operasi berbeza.

Maka, pembeli boleh memilih berdasarkan keperluan serta penggunaan di rumah.

7. Periksa reka bentuk bilah

Pitch atau sudut bilah turut mempengaruhi cara udara ditolak oleh kipas.

Sebab itu, jangan membuat pilihan hanya berdasarkan jumlah bilah tanpa melihat reka bentuk keseluruhan kipas.

8. Ketinggian siling turut memainkan peranan

Ketinggian siling juga wajar diambil kira kerana ia boleh mempengaruhi kedudukan dan keberkesanan kipas mengalirkan udara dalam ruang.

Artikel Lain