suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sekadar label... Ketahui maksud di sebalik logo HACCP, GMP dan MeSTI pada bungkusan produk makanan

Pengguna disarankan untuk memeriksa label pensijilan pada setiap bungkusan makanan sebelum membeli. -Gambar hiasan AI

SEBELUM membeli sesuatu barangan, pengguna biasanya cenderung memilih yang mempunyai logo halal kerana ia memberikan rasa selamat, yakin dan percaya terhadap kesucian produk tersebut.

Namun di sebalik itu, terdapat beberapa proses pensijilan seperti Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practice (GMP) dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) boleh membantu pengguna membuat pilihan dengan lebih tepat, terutamanya dari segi kesihatan dan tahap pelaksanaan kebersihan di kilang.

Seorang pengguna Threads, Mohamad Rizal Mohd Saad berkongsi maksud dan kepentingan setiap label berkenaan pada bungkusan makanan yang mungkin tidak diketahui ramai.

HACCP, GMP dan MeSTI merupakan proses pensijilan bagi setiap tahap keselamatan bahan makanan.

1. HACCP

HACCP merupakan satu sistem pengurusan keselamatan makanan yang menekankan proses pengenalpastian dan penilaian yang boleh menjejaskan keselamatan makanan pada peringkat tertentu.

Antara bahaya yang diberi perhatian termasuk pencemaran biologi, kimia dan fizikal. 

Selain itu, satu program keselamatan makanan turut dijalankan di peringkat kilang demi memastikan setiap proses selamat bagi mengurangkan risiko makanan tercemar.

2. MeSTI

Merupakan skim yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia berperanan sebagai pengiktirafan bagi membantu pengusaha makanan khususnya perusahaan kecil dan sederhana memenuhi keperluan asas keselamatan makanan.

"Audit keperluan dia hanyalah asas kepada dokumentasi dan pelaksanaan kebersihan keseluruhan kilang dari proses hingga ke traceability produk," katanya.

3. GMP

GMP pula merujuk kepada amalan pengilangan yang baik merangkumi aspek kebersihan, kemudahan premis, peralatan, kawalan proses serta pengendalian makanan dalam sesuatu operasi pengeluaran.

Proses dijalankan turut mematuhi prosedur antarabangsa dan diterima pakai di negara-negara luar khususnya bagi industri sederhana. 

Dalam erti kata mudah, GMP membantu memastikan makanan dihasilkan dalam persekitaran yang bersih dan terkawal mengikut amalan pengilangan yang baik.

Pun begitu, kewujudan sesuatu logo atau pensijilan tidak bermaksud makanan berkenaan secara automatik lebih berkhasiat berbanding produk lain.

Sebaliknya, ia lebih berkait rapat dengan aspek bagaimana makanan dikendalikan, diproses dan dikawal bagi mengurangkan risiko keselamatan pengguna.

Artikel Lain