Penggunaan lampu 'hazard' ketika sedang memandu boleh mengelirukan pengguna jalan raya yang lain. -Gambar hiasan AI
KETIKA hujan turun dengan lebat, pasti ada antara kita yang perasan sesetengah pemandu menyalakan lampu hazard ketika memandu di jalan raya.Niatnya mungkin baik, terutama untuk memberi isyarat kepada pemandu lain supaya lebih berhati-hati dalam keadaan cuaca yang buruk. Tahukah anda bahawa penggunaan lampu hazard ketika hujan lebat bukanlah tindakan yang tepat?Namun begitu, masih ada yang memegang 'kepercayaan' ini setiap kali hujan lebat.Lampu hazard bukan pengganti lampu utama Satu perkara penting yang kita perlu ketahui, apabila lampu hazard diaktifkan, bermakna lampu signal di bahagian kiri dan kanan kenderaan akan berkelip secara serentak.Justeru, keadaan ini boleh mengelirukan pengguna jalan raya lain kerana mereka tidak tahu dan mengagak sekiranya kenderaan berkenaan mahu menukar lorong atau melakukan sesuatu pergerakan lain.ARTIKEL BERKAITAN: ‘H 1’ dibida pada harga RM10.7 juta, ini evolusi nombor plat termahal di MalaysiaJadi, ketika berdepan hujan lebat, pemandu disarankan melakukan tiga perkara berikut:1. Gunakan lampu utama2. Kawal kelajuan3. Tingkatkan jarak selamatBila lampu hazard boleh digunakan?Lampu hazard sepatutnya digunakan dalam keadaan tertentu, antaranya apabila kenderaan terpaksa berhenti akibat kecemasan atau berada dalam keadaan yang tidak selamat untuk meneruskan perjalanan seperti biasa.Sekiranya hujan terlalu lebat sehingga jarak penglihatan menjadi amat terhad dan pemandu tidak lagi yakin untuk meneruskan perjalanan dengan selamat, tindakan terbaik adalah mencari lokasi yang sesuai untuk berhenti.Selepas kenderaan berhenti sepenuhnya di lokasi yang selamat, barulah lampu hazard boleh diaktifkan bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain mengenai keadaan kenderaan tersebut.Pendek kata, lampu hazard bukanlah lampu yang perlu dinyalakan setiap kali hujan lebat.