suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi bot ‘rafting’ terbalik buka mata ramai... Rupanya ada perangkap ‘mesin basuh’ semula jadi, jaket keselamatan pun tak lut!

Peserta white-water rafting perlu mendapatkan taklimat keselamatan, memahami risiko jeram serta sentiasa mematuhi arahan pengendali terlatih. -Gambar hiasan AI

BAGI penggemar sukan air lasak, salah satu aktiviti yang sememangnya mendapat tempat adalah white-water rafting.

Namun, di sebalik keseronokan meredah arus serta jeram, ada bahaya yang mungkin sukar dilihat dengan mata kasar terutama apabila seseorang tercampak keluar daripada bot.

Dalam keadaan tertentu, arus deras boleh membentuk pusaran air yang menyebabkan mangsa seolah-olah 'terperangkap' dan ditolak kembali ke dalam arus berulang kali.

Situasi ini dikenali sebagai whitewater hydraulic atau river hydraulic dan ia boleh menjadi sangat berbahaya sehingga menyukarkan seseorang untuk melepaskan diri meskipun memakai jaket keselamatan.

Aktiviti ini kembali menjadi perhatian susulan tragedi bot rafting terbalik di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor minggu lalu yang mengorbankan seorang wanita berusia 34 tahun.

Mengulas perkara itu, seorang pelayar wanita berpengalaman, @hahahadhinah menerusi perkongsiannya menerangkan antara bahaya yang boleh menyebabkan peserta lemas ketika berdepan situasi berkenaan.

"Kebanyakan yang lemas ketika aktiviti di jeram ini sebab river atau whitewater hydraulic. 

"Jaket keselamatan pun tak boleh selamatkan kalau tersangkut dalam 'mesin basuh' semula jadi. Di bawah sana ada zon tak boleh lepas, sekuat mana pun berenang.

"Kita memang tak boleh lawan arus sungai deras dan river hydraulic ini," katanya.

Hidraulik sungai diibaratkan sebagai 'mesin basuh semula jadi' kerana air yang berpusing boleh menyebabkan seseorang terperangkap. -Foto Threads @hahahadhinah

Apa sebenarnya river hydraulic?

River hydraulic atau hidraulik sungai merupakan fenomena apabila aliran air deras menghasilkan pusaran yang bergerak ke belakang dan ke bawah.

Ia boleh berlaku apabila air deras melalui halangan tertentu seperti batu besar, bonggol, perubahan dasar sungai atau air terjun kecil.

Bagi penggemar aktiviti air, keadaan ini sering diibaratkan sebagai 'mesin basuh semula jadi' kerana air yang berpusing boleh menyebabkan seseorang ditolak ke bawah sebelum dibawa naik semula ke permukaan.

Keadaan menjadi lebih berbahaya apabila mangsa gagal keluar daripada zon tersebut dan terus dihanyutkan dalam pusaran yang sama.

Dalam situasi sedemikian, menurut pelayar tersebut, individu yang terperangkap perlu mengelakkan tindakan yang boleh menyebabkan tenaga cepat habis ketika cuba melawan arus.

"Kalau terperangkap dalam washing machine air ini, jangan panik dan jangan terus-menerus lawan arus nak naik ke permukaan.

"Lindungi kepala, ambil nafas bila timbul dan cuba keluar ke sisi atau ikut arus ke downstream. Jangan tanggalkan life jacket.

"Situasi ini boleh memerangkap dan menenggelamkan orang berulang kali. Self-rescue tidak semestinya berjaya," katanya.

Pada masa sama, individu yang berada di darat juga perlu berhati-hati ketika cuba membantu mangsa.

Menurutnya, orang awam tidak sepatutnya terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa sekiranya tidak mempunyai latihan dan peralatan khas.

"Untuk yang di darat, jangan terjun untuk menyelamatkan tanpa latihan serta peralatan khas untuk rescue," katanya lagi.

Justeru, peserta white-water rafting perlu mendapatkan taklimat keselamatan, memahami risiko jeram serta sentiasa mematuhi arahan pengendali dan pasukan penyelamat terlatih.

Artikel Lain