Setiap corak dan warna pada tongkat individu cacat penglihatan mempunyai maksud berbeza. -Gambar hiasan AI
BAGI kebanyakan kita, tongkat putih yang dipegang individu cacat penglihatan mungkin sekadar alat bantuan biasa untuk berjalan. Namun, tahukah anda warna atau corak pada tongkat itu sebenarnya ada kod tersendiri yang mendedahkan tahap penglihatan sebenar pemiliknya? Bukan corak atau rekaan suka-suka, tiga warna pada tongkat itu menurut laporan portal yourtechvision rupanya mempunyai rahsia dan makna penting yang ramai belum tahu.Tiga jenis corak dan warna pada tongkat digunakan golongan OKU penglihatan. -Foto Agensi1. Tongkat putih Tongkat yang berwarna putih bersih lazimnya digunakan oleh golongan buta sepenuhnya atau mempunyai tahap penglihatan yang sangat terhad.Fungsinya bukan sekadar 'pemandu arah' untuk mengesan lubang, anak tangga atau halangan di hadapan.Malah ia menjadi isyarat penting kepada pemandu dan pejalan kaki lain supaya lebih berwaspada kerana pemiliknya langsung tidak dapat melihat bahaya di sekeliling.2. Tongkat putih dan merah di hujungTongkat berwarna putih dengan pelekat merah di hujungnya biasa digunakan oleh individu yang mengalami masalah penglihatan terhad (low vision) atau separa buta.Mereka mungkin masih boleh nampak kelibat atau pergerakan bayang, tetapi penglihatan itu tidak memadai untuk mengetahui jenis halangan di hadapan mereka.Justeru, tongkat masih diperlukan bagi membantu pemiliknya mengesan sebarang halangan dan gangguan pada laluan.3. Tongkat jalur merah putihSekiranya anda nampak tongkat yang mempunyai jalur berselang-seli warna merah dan putih, itu tandanya pemilik berkenaan mengalami masalah 'berganda' iaitu cacat penglihatan dan juga masalah pendengaran (pekak).Disebabkan mereka tidak boleh melihat dan mendengar dengan baik, pergerakan serta kaedah komunikasi mereka memerlukan perhatian khusus.Jika terserempak dengan pemilik tongkat jenis ini, hulurkanlah bantuan dengan penuh cermat dan prihatin.Justeru, dengan memahami rahsia di sebalik warna tongkat ini, masyarakat kita secara tidak langsung dapat menjadi lebih peka, prihatin dan membantu mewujudkan persekitaran yang lebih selamat buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU).