suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan semua orang layak derma darah, ini senarai ‘blacklist’ sementara dan kekal... Kerap makan suplemen turut dilarang menyumbang

Penderma perlu melalui saringan yang ketat bagi keselamatan darah yang disumbangkan dan sekali gus memastikan keselamatan penerima. -Gambar hiasan

MENDERMA darah adalah amalan mulia yang boleh menyelamatkan mangsa kemalangan, pesakit barah, leukemia, dan pesakit memerlukan pembedahan atau rawatan kecemasan.

Satu beg darah boleh menyelamatkan tiga nyawa selain membantu memelihara kesihatan kardiovaskular penderma selain merangsang penghasilan sel darah baru yang lebih sihat.

Bagaimanapun, tahukah anda setiap penderma sebenarnya perlu melalui proses saringan cukup ketat bagi memastikan keselamatan darah didermakan?

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di Threads apabila seorang penderma meluahkan rasa terkejut selepas mendapati namanya disekat daripada senarai menderma darah.

Apa lebih mengejutkan, individu berkenaan mendakwa sudah menderma sebanyak 11 kali sebelum ini.

"Saya nak derma darah hari ini tapi tak boleh sebab nama kena blacklist... Kalau ikutkan ini kali ke sebelas nak menderma," tulis wanita dikenali sebagai @hn.emmaa. 

Perkongsian tersebut turut membuka mata ramai pihak yang sebelum ini tidak menyedari wujudnya istilah sekatan atau penangguhan untuk melakukan aktiviti pendermaan darah.

Di ruangan komen, terdapat beberapa warganet berkongsikan pengalaman serupa kerana beberapa faktor antaranya menghidapi penyakit tertentu, pengambilan ubat dan rawatan.

Pictures of the blood bank (blood packets in freezer/fridge, types of blood, storage area. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Satu beg darah boleh menyelamatkan tiga nyawa. - Foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star

"Pernah... Saya kena sekat enam bulan sebab saya buat rawatan skinbooster boleh derma atau tidak.

"Pusat Darah Negara sekat saya dalam sistem selama enam bulan. Lepas habis enam bulan, terus boleh menderma macam biasa.

"Saya lepas dua tahun baru boleh derma balik, sebab saya baru setahun mengambil ubat tiroid. Rindu pula nak menderma darah," antara komen warga maya.

Manakala seorang lagi pengguna memberitahu namanya disekat disebabkan mengalami penyakit auto imun iaitu rheumatoid arthritis walaupun sebelum ini dia penderma tegar.

Secara umumnya, istilah rasmi digunakan Pusat Darah Negara (PDN) bagi senarai individu tidak dibenarkan menderma darah bukanlah senarai hitam tetapi penangguhan menderma darah.

Sistem penangguhan ini direkodkan dalam pangkalan data pusat bagi memastikan keselamatan penderma dan juga pesakit yang bakal menerima darah tersebut.

Terdapat dua jenis penangguhan yang boleh menyebabkan seseorang tidak dibenarkan menderma darah iaitu penangguhan sementara dan penangguhan kekal.

Star Employee Enrichment Day 2026 (SEED 2026).— AZLINA ABDULLAH/The Star

Menderma darah bukan satu membantu pesakit tetapi mempunyai kebaikan buat penderma. - Foto AZLINA ABDULLAH/The Star 

Penangguhan sementara

Bagi jenis penangguhan ini, penderma tidak dibenarkan menderma untuk tempoh waktu tertentu dan namanya akan 'disekat' sementara dalam sistem. 

Tempoh sekatan bergantung kepada faktor risiko, contohnya:

- Pengambilan ubat-ubatan tertentu: Seperti yang disebut dalam tangkapan skrin, sesetengah suplemen, antibiotik, atau ubat cair darah (seperti aspirin) memerlukan tempoh bertenang sebelum darah selamat didermakan.

- Menjalani prosedur invasif atau jarum: Baru melakukan bekam, tatu, tindik, atau pembedahan kecil (tangguh selama 3 bulan).

- Gaya hidup dan hubungan seks berisiko: Individu yang mempunyai pasangan baharu (perlu menjalani penangguhan selama 6 bulan).

- Faktor kesihatan semasa: Masalah kesihatan jangka pendek seperti paras hemoglobin rendah, demam, jangkitan virus, atau baru menerima vaksin perubatan tertentu.

Penangguhan kekal

Penangguhan kekal adalah keadaan yang mana seseorang terus dilarang daripada menderma darah seumur hidup demi keselamatan kritikal. 

Sistem akan menyekat penderma secara kekal jika:

- Disahkan menghidap atau menjadi pembawa penyakit berjangkit bawaan darah seperti HIV, Hepatitis B, atau Hepatitis C.

- Mempunyai sejarah penyakit kronik tertentu seperti kanser, penyakit jantung serius, atau penyakit autoimun yang teruk (contohnya Systemic Lupus Erythematosus).

- Pernah mengalami tindak balas alahan ubat/makanan yang sangat ekstrem (anaphylaxis).

Artikel Lain