suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sekadar pecut di litar! Leher pelumba F1 tanggung beban 20kg, ada sebab dilarang minum lebih seliter air ketika beraksi

Pelumba F1 berdepan cabaran dan tekanan luar biasa ketika perlumbaan. -Agensi

SEBUT sahaja perlumbaan Formula Satu (F1), perkara pertama terlintas di fikiran ramai pastinya bunyi deruman enjin kuat serta persaingan sengit dipamerkan pelumba di litar bagi merebut gelaran juara.

Cukup popular di mata dunia, pemandu F1 juga sering kali diangkat sebagai ikon ataupun idola anak-anak muda yang amat mengagumi kerjaya atlet tersebut.

Namun, di sebalik aksi pecutan pantas dipamerkan, pemandu F1 juga berdepan beberapa cabaran dan tekanan luar biasa ketika dalam perlumbaan.

Tidak semudah disangka, berikut merupakan enam fakta menarik berkaitan pelumba F1 yang ramai tidak tahu.

1. Prestasi fizikal tahap tertinggi

Bukan seperti atlet sukan lain, pemandu F1 perlu sentiasa memastikan tahap kecergasan fizikal mereka di tahap terbaik walaupun di luar musim perlumbaan.

Bagaikan tiada rehat, jadual perjalanan padat dan panjang perlu dilalui pelumba yang ada kalanya perlu merentas benua dalam masa seminggu.

2. Melawan daya graviti

Umpama menaiki roller coaster, pemandu berdepan daya graviti yang sangat tinggi terutamanya ketika di selekoh tajam yang memaksa mereka menahan bebanan lima kali ganda dari berat badan.

3. Leher tanggung berat 20kg

Kekuatan otot leher merupakan perkara penting perlu dipersiapkan bagi seorang pemandu F1.

Sejenis senaman khas dijalankan oleh setiap pelumba bagi membolehkan mereka menanggung bebanan sekurang-kurangnya 20 kilogram ketika memecut di selekoh.

4. Turun berat badan

Pemandu F1 biasanya berdepan penurunan berat badan sehingga empat kilogram dalam setiap perlumbaan ekoran suhu tinggi di dalam kokpit serta tekanan fizikal ditanggung.

5. Sauna kokpit

Berpakaian lengkap dengan sut tebal dan kalis api, suhu ruang kokpit jentera boleh mencecah sehingga 50 darjah celsius terutamanya ketika pada kelajuan 200 batu sejam.

Situasi lebih sukar apabila setiap pemandu hanya dibenarkan meminum air kurang dari satu liter sahaja kerana setiap gram tambahan boleh menjejaskan kelajuan jentera. 

6. Pedal brek berat

Ketika menekan brek, pemandu perlu menanggung bebanan lebih 90 kilogram dengan hanya menggunakan sebelah kaki.

Justeru, kekuatan kaki yang luar biasa cukup penting bukan sahaja untuk keselamatan tetapi juga untuk mengekalkan kelajuan serta prestasi kereta sepanjang perlumbaan. - Agensi

Artikel Lain