suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gantung belakang pintu bukan sebab malas basuh... Tak semua benda perlu kerap dicuci, ini cara betul jaga pakaian kesayangan

Ramai menganggap menggantung pakaian selepas digunakan merupakan tabiat seorang pemalas, namun sebenarnya tidak semua pakaian perlu kerap dicuci. -Gambar hiasan AI

SETIAP individu pasti mempunyai pakaian 'kegemaran' yang kerap serta selesa disarung, sama ada seluar jeans, baju sejuk dan sebagainya.

Disebabkan ia pakaian favourite, ada yang sanggup menggantungnya semula selepas dipakai berbanding memasukkannya ke dalam mesin basuh untuk dicuci.

Tahukah anda, rupa-rupanya tabiat tersebut tidak semestinya sesuatu yang salah.

Menurut penulis fesyen, Laura de Barra, mencuci secara kerap sebenarnya boleh memendekkan jangka hayat sesuatu pakaian.

Tambah de Barra, mesin basuh sememangnya membantu menanggalkan kotoran, bakteria dan bau pada pakaian.

Namun, proses cucian yang melibatkan air, detergen, haba serta pergerakan pakaian dalam mesin secara berulang boleh menyebabkan:

- Warna pakaian semakin pudar

- Serat kain rosak atau berkurangan

- Bentuk pakaian berubah

- Fabrik menjadi cepat haus dan lusuh.

Mencuci menggunakan suhu dan detergen yang sesuai mampu memastikan pakaian tahan lebih lama. -Gambar hiasan AI

Malah, cucian yang lebih kerap turut menggunakan lebih banyak air dan tenaga.

Disebabkan itu, pakaian disarankan dicuci apabila benar-benar perlu, terutama bagi pakaian yang tidak mudah kotor atau berbau selepas sekali dipakai. 

Bagaimanapun, pakaian seperti seluar dalam dan stoking tetap perlu dicuci dengan lebih kerap kerana bersentuhan terus dengan tubuh dan lebih mudah terdedah kepada peluh serta bakteria.

Cuci kotoran pakaian

Menurut de Barra lagi, pakaian yang terkena sedikit kotoran tidak semestinya perlu terus dihumban ke dalam mesin basuh. 

Sebaliknya, kaedah yang boleh digunakan adalah spot cleaning, iaitu membersihkan bahagian yang terkena kotoran sahaja.

Caranya, campurkan sedikit sabun pencuci pinggan dengan air, kemudian gunakan kain putih yang bersih untuk menekap bahagian yang terkena kotoran sehingga ia pudar atau hilang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian jadi keras selepas dijemur? 4 cara mudah ini boleh bantu selesaikan masalah anda

Kaedah ini membantu memindahkan kotoran daripada pakaian ke kain tanpa perlu mencuci keseluruhan pakaian.

Bagi pakaian yang terkena kesan minyak atau makanan berlemak, sedikit sabun pencuci pinggan juga boleh membantu memecahkan minyak tersebut.

Caranya, sapukan sedikit sabun pada bahagian yang terkena minyak dan gosok perlahan-lahan perlahan-lahan sebelum dibersihkan.

Jika pakaian memang sudah tiba masa untuk dicuci, jangan anggap tetapan cucian paling kuat adalah pilihan terbaik.

Ini panduan yang betul untuk mencuci pakaian: 

1. Semak label penjagaan pakaian - Pastikan pakaian dicuci mengikut arahan yang diberikan pengeluar.

2. Pilih kitaran cucian yang paling lembut dan sesuai - Jika pakaian tidak terlalu kotor, tidak perlu memilih tetapan cucian yang terlalu kuat.

3. Gunakan suhu lebih rendah jika sesuai - Cucian menggunakan air yang lebih sejuk boleh membantu mengurangkan tekanan terhadap serat dan warna pakaian.

4. Pilih detergen yang sesuai - Elakkan produk pencuci yang terlalu keras dan pilih detergen yang boleh digunakan pada suhu rendah jika diperlukan.

Artikel Lain