Cadar serta selimut yang bersih dan wangi membuatkan tetamu hotel dapat tidur dengan lena. -Gambar hiasan AI
SETIAP kali menginap di hotel, antara perkara yang membuatkan seseorang berasa tenang ialah katilnya yang empuk dan selesa.Lebih menarik perhatian, cadar, duvet serta selimut hotel biasanya kelihatan begitu bersih dan putih, selain mempunyai bau segar. Keadaan itu membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana pihak hotel melakukan proses cucian sehingga hasilnya begitu mengumkan.Menurut seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bekas pekerja hotel, cucian yang dilakukan biasanya tidak sama seperti proses di rumah.Sebaliknya, pihak hotel menggunakan sistem cucian komersial yang melibatkan beberapa jenis bahan pencuci khas."Hotel di Malaysia biasanya tak basuh duvet atau cadar menggunakan sabun rumah biasa."Hotel selalunya menggunakan sistem cucian komersial, iaitu detergen khas bersama bahan kimia untuk menanggalkan minyak dan kotoran.Proses cucian di hotel pastinya tidak sama dengan cara yang kita lakukan di rumah. -Gambar hiasan AI"Untuk linen putih pula, oxygen bleach digunakan sebelum melalui proses neutraliser dan kadang-kala pelembut fabrik digunakan," jelasnya menerusi Threads.Selepas proses cucian, linen berkenaan akan melalui mesin berkelajuan tinggi untuk mengeluarkan lebihan air sebelum dimasukkan ke dalam pengering industri.Menurutnya, proses pengeringan yang betul sangat penting bagi memastikan linen benar-benar kering sebelum digunakan semula untuk tetamu hotel seterusnya.Justeru, tidak hairanlah cadar dan selimut hotel boleh kelihatan putih, bersih serta segar tanpa mempunyai bau sabun yang terlalu kuat.Jadi, rahsia linen hotel yang nampak 'bersih sampai puas hati' sebenarnya bukan sekadar bergantung kepada sabun, tetapi turut melibatkan proses cucian dan pengeringan menggunakan sistem komersial.