suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ini sebabnya orang di Jerman berani teguk air paip berbanding beli botol mineral... Siap boleh jimat lebih RM200 sebulan!

Segelintir negara mengamalkan minuman secara terus dari paip bekalan air. -Agensi

SEJAK kecil kita dididik bahawa air paip tidak selamat untuk diminum secara terus kerana faktor kebersihan dan risiko keracunan makanan.

Namun, persepsi itu ternyata berbeza dengan budaya masyarakat di Eropah apabila segelintir penduduknya lebih gemar menjadikan air paip sebagai sumber minuman utama berbanding air botol mineral.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang wanita Malaysia dikenali sebagai Zara yang menetap di Jerman.

Kata Zara, dia pernah mengalami 'kejutan budaya' sewaktu kali pertama menjejakkan kaki ke negara berkenaan.

Katanya, penduduk di Berlin khususnya tidak membelanjakan wang untuk membeli air mineral, sebaliknya terus menjadikan air paip sebagai sumber minuman harian.

"Sebenarnya ada satu perkara tentang air kat Jerman yang ramai orang Malaysia tak tahu. Perkara tu jimatkan Zara kira-kira €50 (RM229) sebulan.

"Zara ingat lagi hari pertama sampai. Zara minta air kat rumah kawan orang Jerman, dia buka paip terus isi gelas dan teguk... terkejut gila masa tu. 

"Lepas beberapa minggu baru Zara faham, Jerman ada undang-undang air minuman sendiri, namanya Trinkwasserverordnung. Pemeriksaan tahap kebersihannya bukan setahun sekali, tapi ada kawasan yang dipantau setiap hari," katanya.

Menurut laporan Agensi, air paip di Jerman merupakan antara yang paling selamat dan berkualiti tinggi di dunia berikutan kawalan ketat di bawah Ordinan Air Minum Jerman (Trinkwasserverordnung) serta piawaian piawai Kesatuan Eropah (EU). 

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) turut mengesahkan bahawa bekalan air berkenaan tidak menimbulkan sebarang risiko kesihatan.

Berikut merupakan tiga sumber air boleh dipercayai dan selamat diminum di Jerman:

1. Air paip 

Diselenggara dan dipantau pihak Trinkwasserverordnung secara berkala sama ada di kediaman mahupun hotel.

2. Air pancut minuman awam (Public drinking fountains)

Melalui proses sama seperti air paip dan merupakan sebahagian daripada inisiatif penghidratan dijalankan kerajaan bagi kawasan bandar.

3. Restoran

Rata-rata pelanggan dibenarkan minum air dari paip secara percuma, namun segelintir premis masih mengutamakan mineral untuk dijual.

Artikel Lain