suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Risau anak tersalah masuk ‘group’ WhatsApp? Ini tetapan baharu anda wajib tahu, boleh pautkan akaun pada telefon mak ayah!

Ibu bapa perlu memantau penggunaan peranti anak-anak bawah umur. -Gambar hiasan

APLIKASI pemesejan popular WhatsApp memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan ibu bapa memantau aktiviti dan penggunaan akaun anak remaja mereka secara terus.

Syarikat induknya, Meta, menjelaskan bahawa fungsi kawalan ibu bapa (parental controls) ini boleh dipautkan kepada akaun anak berusia 13 tahun ke atas.

Namun proses pautan tersebut perlu persetujuan bersama kedua-dua pihak.

Selepas dipautkan, ibu bapa boleh menggunakan akaun WhatsApp mereka sendiri untuk memantau tetapan serta aktiviti tertentu pada akaun anak.

Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh membaca mesej atau mendengar panggilan yang dibuat oleh anak mereka. 

Meta menegaskan mesej peribadi dan panggilan kekal sulit walaupun kawalan ibu bapa diaktifkan, termasuk mesej dalam kumpulan.

Daripada tetapan privasi hingga AI, apa yang boleh dikawal ibu bapa?

Antara pilihan yang tersedia kepada ibu bapa ialah:

• Tetapan privasi: Menentukan siapa yang boleh melihat gambar profil anak atau memasukkan mereka ke dalam kumpulan.

• Aktiviti kumpulan: Menerima pemberitahuan apabila anak menyertai atau keluar dari sesuatu kumpulan, termasuk perubahan jumlah ahli.

Penggunaan telefon yang tidak terkawal boleh membawa banyak keburukan. -Gambar hiasan AI

• Penggunaan Meta AI: Menetapkan tahap tapisan kecerdasan buatan, sama ada mod "13+" atau pilihan yang lebih ketat iaitu "Kandungan Terhad".

• Saluran & Status: Menentukan penggunaan saluran (Channels) serta status yang boleh dilihat oleh anak dan pengguna lain.

Meta berkata ciri kawalan ibu bapa itu akan terus diperluas dan dipertingkatkan pada masa akan datang.

Cara mengaktifkan kawalan ibu bapa

Proses tersebut perlu dimulakan melalui tetapan akaun pada telefon anak remaja.

1. Pilih Settings > Parental Controls > Continue. 

2. Kemudian masukkan tarikh lahir anak dan sahkan umur sebelum menekan Continue.

3. Kod QR kemudiannya akan dipaparkan dan perlu diimbas oleh ibu bapa menggunakan telefon pintar mereka sendiri.

4. Selepas itu, tekan pautan yang dipaparkan untuk membuka WhatsApp, sahkan bahawa anda adalah orang dewasa, cipta PIN kawalan ibu bapa dan ikuti arahan yang diberikan.

5. Maklumat terperinci mengenai ciri kawalan ibu bapa baharu itu boleh didapati menerusi halaman sokongan WhatsApp.

Jika ciri berkenaan masih belum muncul, pengguna disarankan menyemak stor aplikasi masing-masing bagi memastikan WhatsApp telah dikemas kini. -Agensi

Artikel Lain