suria

Juruvideo rakam detik sayu PKP... masjid kosong waktu solat Jumaat, hanya gema laungan azan - “Bukan edit, tiba-tiba banyak burung gagak”

Antara babak yang dipaparkan dalam video Azlan termasuklah suasana sepi di sebuah masjid.

BAGAIKAN padang jarak padang tekukur.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai suasana sunyi-sepi di beberapa kawasan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu.

Terpanggil untuk menyampaikan mesej kepada rakyat negara ini menerusi karya kreatifnya, Muhammad Azlan Mazaruddin, 26, menghasilkan satu video yang cukup menyentuh jiwa.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau tapi bangga! Suami kongsi isterinya panas pakai sut, tak ada masa nak makan rawat pesakit Covid-19 di Arab Saudi

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa guna telefon mahal tapi tak record...” - Kata-kata ibu dorong pelajar rakam momen berharga bersama mak ayah, keluarga buat pengubat rindu

Menurut juruvideo kelahiran Banting, Selangor itu, dia membuat rakaman menggunakan dron di beberapa lokasi bagi memaparkan situasi semasa negara ini yang terjejas akibat Covid-19.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Azlan mengakui paling terkesan saat membuat rakaman Masjid Al-Firdaus, Kampung Sungai Rambai yang kosong tanpa jemaah dan hanya bergema dengan laungan azan sahaja.

"Saya buat rakaman masa awal-awal PKP diumumkan. Alang-alang keluar beli barangan keperluan, saya singgah di beberapa lokasi.

Kemunculan sekumpulan burung gagak secara tiba-tiba berjaya dirakam Azlan menggunakan dron miliknya.

"Saya duduk dalam kereta sahaja, rakaman dibuat menggunakan dron sepenuhnya. Paling tersentuh masa rakaman di masjid.

"Waktu itu sepatutnya solat Jumaat. Ada laungan azan sahaja tapi tiada jemaah kecuali bilal. Kat pagar masjid pun ada tulis solat ditangguh," ujarnya.

Antara babak lain dalam video itu termasuklah suasana di tanah perkuburan Islam, hospital, stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan lebuh raya.

Turut mencuri tumpuan dalam video berdurasi 3.35 saat itu ialah suasana sebuah stesen minyak yang mana secara tiba-tiba sahaja muncul sekumpulan burung gagak di ruang udara.

Scene terakhir misalnya di tanah perkuburan. Maksud saya di situ, kita pastinya tak mahu meninggal disebabkan Covid-19. Kalau meninggal, keluarga pun tak boleh datang tengok.

MUHAMMAD AZLAN MAZARUDDIN

JURUVIDEO

"Itu memang burung betul, bukan edit. Masa shoot, tiba-tiba je banyak burung gagak.

"Kebanyakannya saya shoot waktu peak hour. Kalau pada hari biasa mesti penuh dengan manusia.

"Tapi masa saya shoot, tempat-tempat tu sunyi dan kosong je," ujar jejaka yang berasal dari Banting itu.

Kata Azlan, rakaman di Masjid Al-Firdaus, Kampung Sungai Rambai cukup memberi kesan buat dirinya.

Menurut Azlan lagi, tiada apa yang mahu disampaikan menerusi video itu selain mesej mengajak orang ramai agar terus patuh perintah kerajaan dalam berhadapan Covid-19.

Jelasnya, keadaan lengang di beberapa lokasi jelas menunjukkan ramai rakyat di negara ini patuh dengan PKP yang dilaksanakan.

"Scene terakhir misalnya di tanah perkuburan. Maksud saya di situ, kita pastinya tak mahu meninggal disebabkan Covid-19. Kalau meninggal, keluarga pun tak boleh datang tengok.

Azlan mahu video yang dihasilkan memberi mesej bermanfaat buat masyarakat di negara ini.

"Jadi saya nak ajak kita semua patuh PKP, agar wabak ini terhapus dan kita boleh kembali hidup seperti sedia kala... supaya kita tak kena berkurung lama-lama," ujarnya yang berpengalaman selama lapan tahun sebagai juruvideo.

Video yang dihasilkan Azlan dimuat naik ke Youtube pada 25 Mac lalu dan turut menerima komen netizen.

Suasana sebuah tanah perkuburan Islam yang dirakam Azlan.

Selain memuji karya dihasilkan, pelayar Youtube turut sama-sama memberi peringatan dan nasihat mengenai Covid-19 di ruangan komen.

"Ya Allah. Sayunya tengok. Tak naklah lockdown, terasa seram. Nak jumpa famili kat kampung... rindu anak.

"Terbaik sangat, menusuk ke jiwa.

"Nice lah. Macam dalam movie," tulis beberapa individu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain