suria

“Apa guna telefon mahal tapi tak record...” - Kata-kata ibu dorong pelajar rakam momen berharga bersama mak ayah, keluarga buat pengubat rindu

Hazman mengakui banyak membuat rakaman video ahli keluarganya untuk disimpan sebagai kenangan.

MANFAATKAN teknologi yang ada.

Demikian kata seorang pelajar yang banyak mengumpul rakaman video dan audio bersama ahli keluarganya sejak empat tahun lalu.

Menurut Muhammad Hazman Johari, 20, dia mahu mengumpul kenangan untuk ditatap apabila ahli keluarganya sudah tiada suatu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu... Ibu menyusul selepas 42 hari bapa meninggal dunia, anak bongsu puas dapat mandikan dua jenazah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa dia boleh sembuh…” - Suami terkilan baju raya ditempah untuk isteri hanya tinggal kenangan

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Hazman mengakui idea berkenaan disuarakan sendiri oleh ibunya, Ta' Zainab Othman yang kini berusia 57 tahun.

"Pernah sembang dengan mak. Mak bercerita mengenai ayah dia, tok wan... atuk saya.

"Mak kata zaman dulu tak ada telefon, kalau tak boleh record tok wan. Boleh tengok sekarang walaupun dia dah tak ada.

Posting Hazman yang tular di Twitter.

"Ibu rindu tok wan. Jadi dia pesan... apa guna telefon mahal-mahal tapi tak record. Sebab suatu hari nanti akan ada yang pergi dulu," ujarnya sewaktu dihubungi.

Menurut Hazwan, bertitik tolak dari situ dia mula menghasilkan rakaman detik-detik bersama ahli keluarga.

Sehingga kini katanya, tidak terkira jumlah koleksi video dan audio yang ada dalam simpanannya.

Ahli keluarga Hazman.

"Sebab tahun lepas pun saya pergi belajar di Mesir hampir setahun. Saya tengok video ahli keluarga yang dirakam sebelum ini sebagai pengubat rindu.

"Biasalah homesick. Menangis sambil tengok video. Sesetengah orang kata, benda tu buat kita makin tak kuat.

"Pada saya, tengok dari sudut positif. Ia memberi kekuatan kepada saya sebenarnya," ujarnya yang kini menyambung pengajian di Kolej Pengajian Islam Selangor (Kuis).

Ibu rindu tok wan. Jadi dia pesan... apa guna telefon mahal-mahal tapi tak record. Sebab suatu hari nanti akan ada yang pergi dulu

MUHAMMAD HAZMAN JOHARI

PELAJAR

Tambah Hazman, sebagaimana orang lain, dia juga tidak bersedia untuk berhadapan hari kematian ibu bapa dan ahli keluarganya.

Namun katanya, setiap orang harus reda dengan apa yang berlaku memandangkan itu semua ketentuan tuhan.

"Walau tak bersedia, detik tu akan tiba. Sama ada kita atau mereka dulu.

Hazman banyak mengumpul rakaman video melibatkan ahli keluarganya.

"Hakikatnya tak ada orang yang bersedia. Tapi kita kena terima hakikat.

"Video dan gambar yang ada ni lah akan jadi kenangan untuk ditatap," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, posting Hazman mengenai topik itu menerima hampir 10,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Akui Hazman, dia tak bersedia kehilangan kedua ibu bapanya.

Malah, ramai yang turut meninggalkan komen, tak kurang yang berkongsi kisah mereka sendiri.

"Setuju sayangi dan cintailah ibu dan ayah kerana mereka adalah teman dan kekasih anda yang paling setia sama ada anda susah atau senang dan sedih.

"Baca Tweet ni pun mata dah nak start macam hujan dah.

"Tengok video ayah berjaya gerakkan kaki lepas cramp sebab jatuh bilik air pun boleh jadi pengubat rindu. Rindu sangat kat ayah. Moga ayah tenang di sana," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain