suria

Wanita derita kanser lidah pergi jua... sempat tulis pesanan terakhir buat 5 anak

Kedua-dua belah mata ibu Fina sudah tertutup sepenuhnya kerana bengkak.

IBU lima anak yang menderita penyakit kanser lidah tahap empat, Rosimah Ismail meninggal dunia awal pagi Jumaat.

Ruangan komen di Facebook anak keduanya, Nurul Shafina Mazani turut dibanjiri ucapan takziah daripada netizen.

Terdahulu, mStar memaparkan kisah penderitaan yang dilalui Rosimah sejak Mei tahun lalu apabila Nurul Shafina membuat satu posting di Facebook memohon orang ramai agar mendoakan ibunya kembali sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak boleh cakap, lidah mak keras sepenuhnya” - Bermula dari ulser, kini leher berlubang... anak kongsi derita ibu hidap kanser

Dua hari lalu, Nurul Shafina atau lebih mesra disapa Fina berkongsi beberapa nota pesanan kelihatan seperti cakar ayam ditulis ibunya di Facebook miliknya.

Ibu Fina menderita penyakit kanser mulut sejak Mei tahun lalu.

"Mata tak nampak kabur-kabur. Mungkin hari last mak menulis. Emak nak pesan anak-anak mak duduk elok-elok jangan bergaduh."

Itu antara beberapa nota pesanan yang ditulis Rosimah kepada lima anaknya pada Rabu lalu.

Tujuh keping nota dan gambar terbaharu Rosimah dengan keadaan sebelah matanya sudah tertutup sepenuhnya dikongsi Fina di Facebook.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat luahan hati ibunya yang menyentuh perasaan itu.


Antara pesanan ditulis ibunya kepada Fina.

"Semoga Allah memberikan syifa kepada makcik dan dipermudahkan segala urusan... Aamiin," kata Rozana.

"Tak mampu ungkap kata. Kita baca pun sedih. Moga makcik dan keluarga dipermudahkan segala urusan. Aamiin," kata Nurul Atika.

Posting Nurul Shafina atau lebih mesra disapa Fina dikongsi sebanyak 7,900 kali dan menerima 8,200 komen di Facebook miliknya.

Fina ketika dihubungi petang Khamis berkata keadaan kesihatan ibunya ketika ini semakin merosot.

Apa pun saya minta orang ramai agar mendoakan kesihatan mak saya. Saya nak sangat mak tengok saya pada hari bahagia saya nanti.

NURUL SHAFINA MAZANI

"Keadaan (kesihatan) mak makin susut. Hari ni mak masuk wad sebab demam panas.

"Sekarang mata mak dua-dua bengkak. Kiranya semua surat tu last mak tulis... esoknya (Khamis) mata mak dah tak boleh buka," katanya.

Sebaik menerima kesemua surat itu, Nurul Shafina atau lebih mesra disapa Fina berkata hatinya luluh dan air matanya tidak berhenti mengalir.

"Memang saya nangis terus depan dia. Saya peluk dia dan tanya kenapa dia tulis macam tu.

Gambar kiri: Keadaan ibu Fina sebelum dia disahkan menghidap kanser lidah pada Mei tahun lalu.

"Dia cakap mak tulis siap-siap sebelum mata mak tertutup. Mata mak bengkak sebab ada masalah aliran darah atau oksigen," katanya.

Malah Fina turut meluahkan rasa sebak dengan ucapan 'selamat pengantin baru' daripada ibunya lebih awal.

"Terima kasih mak. Mak nak jadi orang pertama nak ucap selamat pengantin baru untuk saya.

"Apa-apa pun saya minta orang ramai agar mendoakan kesihatan mak saya. Saya nak sangat mak tengok saya pada hari bahagia saya nanti," katanya.

Pada masa sama, Fina memberitahu dia dan empat adik-beradiknya yang lain akan sentiasa mengingati segala pesanan dan nasihat ibunya itu.

"Nasihat mak untuk kami adik beradik sentiasa terngiang-ngiang dalam ingatan. Semoga Allah permudahkan segala urusan mak.

Rosimah turut meminta maaf kepada anak dan juga suaminya.

"Mak cepat sihat ya... saya rindu mak yang dulu. Fina, adik-adik dan abah tak kuat tanpa mak. Kami semua perlukan mak. Mak penyeri rumah. Mak segalanya buat kami," katanya.

Dalam surat tersebut, Rosimah turut berpesan kepada anak-anaknya supaya tidak bergaduh antara satu sama lain.

Dia turut memohon maaf kepada anak-anak dan suami atas segala kesalahan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Selain itu, dia juga berpesan agar Fina menjaga adik bongsunya yang masih kecil kerana dia tidak dapat berbuat demikian kerana masalah kesihatannya.

"Jaga Akmal elok-elok kesian dia masih kecil lagi. Mak tak boleh jaga dia.

"Mak kata mak dah halal semua air susu yang anak-anak minum," tulis Rosimah.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain