suria

Susun piala, hadiah tepi kubur! Budak perempuan ‘sembang’ dengan arwah bapa tentang kejayaannya buat ramai sebak

Aisyah membawa piala dan hadiah kemenangan dalam pertandingan semasa melawat kubur bapanya.

KEHILANGAN insan yang tersayang bukanlah suatu perkara mudah untuk diterima.

Apatah lagi jika ia melibatkan ahli keluarga terutama sekali seorang yang bergelar bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa baru meninggal, 3 beradik sempat buat video trend TikTok sebelah jenazah - “Aku tak boleh brain...”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘pergi’ selepas bank in duit belanja RM100, anak lega arwah ‘fikir jauh’... tinggalkan hibah setengah juta cukup untuk keluarga teruskan hidup!

Melalui satu perkongsian video yang dikongsi seorang ibu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang menziarahi kubur bapanya.

Apa yang menyayat hati apabila kanak-kanak itu dilihat memeluk beberapa buah piala yang dimenanginya untuk ditunjukkan kepada arwah.

“Assalamualaikum papa, Aisyah datang ni. Papa, Aisyah nak cakap, Aisyah ada banyak hadiah. Piala, buku colour, pensil.

“Papa doakan Aisyah ye. Jadi pandai, bijak, jadi anak solehah.

“Aisyah sayang papa. Aisyah rindu papa,” demikian antara kata-kata yang diungkap oleh kanak-kanak ini sambil berdiri di sebelah pusara bapanya.



Gambar ibu dan ayah Aisyah.

Tidak lama kemudian, Aisyah duduk sambil menyusun piala-piala yang dimenanginya di tepi kubur arwah.

Kanak-kanak yang belajar di Pasti Darul Muslim di Kapar, Selangor ini ternyata mahu berkongsi kejayaannya bersama bapa yang dirindui.

Aisyah rindukan papa... papa dah tak ada. Aisyah baca sajak untuk papa

AISYAH

Menerusi satu video lain berdurasi tiga minit yang dimuat naik, Aisyah dilihat sedang membacakan sajak khas untuk arwah bertajuk Insan yang Teristimewa.

Sepanjang persembahan dalam pertandingan itu, jelas di raut wajahnya dia sedang beremosi menahan sebak sambil mendeklamasikan sajak.

“Kenapa Aisyah sedih baca sajak tu?” tanya ibunya kepada si anak dalam video tersebut.

“Aisyah rindukan papa... papa dah tak ada. Aisyah baca sajak untuk papa,” jawab Aisyah dengan nada penuh sayu.

Menerusi perkongsian video lain di TikTok ibunya, bapa Aisyah dipercayai meninggal dunia pada 11 Mac tahun lalu.



Bapa Aisyah sudah meninggal dunia pada 11 Mac tahun lalu.

Menerusi video lain pula, Aisyah berkesempatan menitipkan doa buat arwah bapa tercinta.

Dalam doa tersebut, Aisyah sedekahkan surah al-Fatihah buat bapanya dan berharap agar arwah bapanya ditempatkan dalam syurga.

Susulan video yang tular, rata-rata netizen turut bersedih melihat tindakan Aisyah dan rata-rata menyampaikan mesej-mesej positif mendoakan dirinya di ruangan komen.

“Uncle doakan awak menjadi anak yang solehah dan yang akan memberi banyak pahala untuk arwah papa awak.

“Tak boleh tahan air mata. Allahuakhbar sedihnya. Semoga adik berjaya dunia akhirat. Jadi anak solehah ye sayang.



Aisyah mendeklamasikan sajak bertajuk Insan yang Teristimewa untuk arwah bapanya.

“Allahuakbar... adik tu bawa kesemuanya hadiah yang dia dapat. Ayahandamu mesti happy di sana,” demikian antara komen beberapa netizen di TikTok.

Tidak terhenti di situ, ramai juga menyifatkan Ustazah Nurul K dipercayai ibunya sebagai seorang wanita tabah kerana mampu membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang walaupun tanpa suami di sisi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain