suria

Bapa ‘pergi’ selepas bank in duit belanja RM100, anak lega arwah ‘fikir jauh’... tinggalkan hibah setengah juta cukup untuk keluarga teruskan hidup!

Menurut Marni (kanan), bapanya (kiri) meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku pada tahun 2016.

KEMATIAN Abd Razak Hanafi dalam kejadian langgar lari di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 31 Ogos 2016 membawa kesan yang cukup besar buat isteri serta empat orang anaknya.

Imbas Nurul Marni ‘Izzati, 26, yang juga anak ketiga arwah, dia menerima panggilan mengenai khabar duka itu ketika sedang berada di ibu negara, jauh dari keluarga.

Menurut lepasan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang senang disapa Marni itu, dia terkejut ketika dimaklumkan mengenai hal itu kerana baru sahaja berhubung dengan bapanya beberapa jam sebelum kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak hilang kekuatan, ibu meninggal selepas 13 tahun tanggung 5 penyakit... hanya pusara pengubat rindu! - “Dari rumah boleh nampak kubur mak ayah”

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan bapa meninggal mengejut, anak ubah fikiran nekad belajar ke peringkat lebih tinggi... mengaku cuma berlakon tunjuk kuat!

"ia berlaku ketika saya berada di universiti. Dalam jam 9.30 pagi hari kejadian, bapa hubungi saya untuk memaklumkan bahawa dia dah masukkan duit RM100. Dalam panggilan itu, saya perasan suaranya dah lain.

"Kemudian pada jam 12 tengah hari, saya dapat panggilan yang mengatakan ayah meninggal dunia dalam kejadian kemalangan langgar lari. Terus saya bergegas ambil bas untuk balik ke Pulau Pinang.

"Individu yang hubungi saya merupakan orang yang jumpa ayah selepas kemalangan. Pemandu yang langgar ayah pula sampai hari ni tak dapat dijejaki. Memang tak tahu siapa. Kawasan itu tiada kamera, kami pun dah reda," ujarnya.

Lebih menyayat hati kata Marni, bapanya keluar membeli nasi kandar sebelum kejadian dan makanan berkenaan tidak sempat dibawa balik untuk dimakan dengan ahli keluarga yang lain.

marni3

Allahyarham bapa Marni bekerja sebagai pembekal daging mentah.

"Biasanya arwah bawa kereta, tiba-tiba hari kejadian dia bawa motor. Benda nak jadi, dah tertulis dia bawa motor pergi beli makanan. Sebelum beli makanan tu, dia ke bank untuk transfer duit kepada saya.

"Dalam bakul motor, arwah ada beli nasi kandar untuk dia, mak dan adik saya. Tapi makanan tu tak sempat dibawa balik ke rumah," ujarnya lagi.

Bila ayah tak ada, kami yang memang bergantung dengannya bagaikan hilang sumber. Mak pula suri rumah saja.

MARNI

Menurut Marni, dia sekeluarga bagaikan hilang tempat bergantung apabila bapanya yang bekerja sebagai pembekal daging mentah pergi meninggalkan mereka secara mengejut.

Namun kata Marni, dia bersyukur apabila arwah ada mengambil pelan hibah berjumlah RM500,000, sekali gus membolehkan ibunya meneruskan kelangsungan hidup seperti biasa.

marnie4

Marni memulakan kerjaya sebagai perunding takaful pada tahun 2019.

Disebabkan itu juga, Marni terus berhasrat untuk membuka mata orang ramai mengenai kepentingan hibah sehingga dia akhirnya menceburi kerjaya sebagai perunding takaful pada tahun 2019.

"Bila ayah tak ada, kami yang memang bergantung dengannya bagaikan hilang sumber. Mak pula suri rumah saja. Tapi Alhamdulillah, ayah buat hibah RM500,000, jadi ada duit untuk saya dan adik yang masih belajar pada waktu itu.

"Selepas tiga tahun ayah meninggal, saya bekerja sebagai perunding takaful. Arwah ayah merupakan faktor terbesar saya ceburi bidang ini, saya nak semua orang sedar mengenai pentingnya persediaan untuk hari mendatang.

marni2

Kisah kematian bapa Marni turut dikongsi menerusi TikTok.

"Nasihat saya, setiap suami memang kena buat hibah. Ada banyak kes yang suami meninggal tiba-tiba dan pemergian mereka beri kesan kepada keluarga. Saya sendiri dah lalui, jadi saya nak orang lain pun sedar mengenai hibah," ujarnya lagi.

Kisah bapa Marni yang meninggal dunia akibat kemalangan langgar lari meraih perhatian selepas dia berkongsi satu video sehingga ia tular menerusi aplikasi TikTok.

Video itu sehingga kini meraih lebih 150,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen termasuklah yang bersimpati dengan pemergian mengejut bapa Marni enam tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain