suria

Terkesan bapa meninggal mengejut, anak ubah fikiran nekad belajar ke peringkat lebih tinggi... mengaku cuma berlakon tunjuk kuat!

Farid akan berusaha merealisasikan impian arwah bapanya untuk melihatnya menggenggam segulung ijazah.

TIADA siapa pernah bersedia untuk kehilangan ibu bapa mereka.

Begitu juga dengan pelajar ini yang masih tidak dapat melupakan detik kematian bapanya pada 23 Oktober lalu.

Imbas Muhd Farid, 20, bapanya, Roslan Mohammad, 57, tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal dunia dalam tempoh yang cukup singkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 3 tahun meninggal, suami setiap hari ziarah pusara isterinya, beri ‘makanan’ 3 kali sehari untuk balas jasa

ARTIKEL BERKAITAN: Anak hilang kekuatan, ibu meninggal selepas 13 tahun tanggung 5 penyakit... hanya pusara pengubat rindu! - “Dari rumah boleh nampak kubur mak ayah”

"Ayah sebenarnya sihat macam biasa. Secara tiba-tiba saja berat badan ayah jadi susut. Dia jadi tak boleh nak makan.

"Kami ingatkan ayah kena Covid-19. Bila jumpa doktor, doktor kata tiada apa-apa, cuma sakit tekak biasa. Tapi lepas tu keadaan ayah makin teruk.

'

"Seminggu kemudian makin lemah sebab dia tiada selera makan, jadi tak ada tenaga. Bibir pun pecah sebab panas. Mungkin itu asbab ajal ayah," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Farid, penuntut bidang Ukur Bahan itu mengakui belum bersedia untuk memikul tanggungjawab besar, namun reda dengan apa yang berlaku.

farid3

Farid merupakan pelajar dalam bidang Ukur Bahan.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, segalanya berlaku dengan pantas dan dia kini dalam proses untuk membiasakan kehidupan sehari-hari tanpa bapanya.

"Selepas ayah meninggal, saya kena buat report kematian. Saya tak pernah jangka akan berdepan situasi ini, saya pun belum bersedia.

Kata ayah, dia akan cari duit untuk saya belajar. Yang penting solat jangan tinggal.

FARID

"Saya berkata pada diri, adakah ini ujian yang aku kena hadapi? Ketika ayah meninggal, saya kena bertanggungjawab untuk uruskan pengebumian. Alhamdulillah, saya juga sempat mandikan arwah.

"Siapa yang tak sedih? Tapi saya kena berlakon jadi kuat depan ibu dan kakak-kakak. Saya tak nak sedih depan ibu sebab dia sensitif. Belakang mereka baru saya menangis," ujar penutut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor itu.

Dalam pada itu, Farid yang menetap di Kempas, Johor Bahru, turut berkongsi bingkisan video pesanan Allahyarham bapanya menerusi TikTok sehingga ia meraih lebih 200,000 tontonan.

Menurut Farid, dia akan berusaha keras demi merealisasikan impian arwah untuk melihatnya menggenggam segulung ijazah suatu hari nanti.

farid2

Foto kenangan Farid bersama arwah bapanya.

"Sekarang saya masih belajar di peringkat diploma. Dulu saya pernah cakap nak belajar sampai diploma saja, kemudian nak kerja dan sambung ijazah dengan duit sendiri.

"Tapi ayah pesan untuk terus belajar saja. Kata ayah, dia akan cari duit untuk saya belajar. Yang penting solat jangan tinggal.

"Sepanjang belajar online di rumah, ayah selalu ada. Sekarang dia tiba-tiba dah tak ada. Tapi pesanan itu akan sentiasa saya ingat.

"Saya akan sambung sampai ijazah. Ibu pun pesan supaya saya sampaikan hajat biarpun ayah tak sempat tengok," ujarnya lagi.

farid 7

Foto kenangan Faris sekeluarga bersama arwah bapanya.

Dalam pada itu, Farid turut berterima kasih kepada netizen yang memberikan kata-kata semangat serta doa selepas video miliknya tular di TiKTok.

"Saya sekadar kongsi video untuk luah perasaan. Saya tak mahu tunjuk kesedihan pada keluarga. Tak sangka tiba-tiba video itu dapat perhatian ramai.

"Terima kasih kepada semua yang ucap takziah. Ada juga yang turut berkongsi kisah mereka kehilangan keluarga di ruangan komen," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain