suria

Anak ada geng mengidam dan bercerita sebab hamil serentak dengan ibu! Bapa paling happy dapat anak, cucu beza umur cuma 12 hari

Tarikh jangkaan bersalin hanya berbeza hari.

HAMIL serentak dengan ahli keluarga yang lain pastinya memberikan pengalaman manis dan bermakna.

Manakan tidak, setiap aktiviti serta perkembangan bayi dalam kandungan boleh dikongsikan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Doktor kata mungkin mengandung, saya belum kahwin” - Wanita terkejut, perut buncit macam hamil 5 bulan petanda penyakit serius

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil anak ke-2 ‘mengidam’ bau petrol, sanggup turun flat ke parkir motosikal sebelum tidur... gam kasut pula tepi katil - “Betul tekaan mak mentua”

Berkongsi pengalaman manisnya kepada mStar, Nur Juliana Ahmad, 26, berkata, pada awalnya dia agak terkejut apabila ibu tirinya, Hafizah Azlan yang mesra dipanggil umi memaklumkan bahawa dia turut mengandung.

"Saya mengandung anak kedua, anak pertama sekarang 1 tahun 10 bulan... umi pula anak keempat.

"Pada mulanya saya dapat tahu dulu yang saya mengandung, dua minggu selepas tu umi datang dan tanya macam mana keadaan saya sebab umi hamil dah sembilan tahun jarak dengan anak ketiga jadi dia dah lupa.

"Saya ceritalah yang saya rasa letih, mual, tiada selera makan... dia cakap dia pun ada rasa macam tu.

"Dia pun tak jangka, sebab dia jenis tak datang period dan sentiasa cucuk (ubat perancang) setiap tiga bulan, jadi dia tak fikir pun mengandung. Tapi lepas cuba pregnancy test, tengok dua line, masa tu baru dia tahu mengandung," katanya sambil memaklumkan mereka sama-sama terkejut.

Menurut Juliana yang juga peniaga ais krim, dia juga tidak sangka akan mengandung bersama-sama ibu tirinya yang baru berusia 34 tahun.

Juliana bersama suami anak pertama ketika dia sedang hamil anak kedua.

Juliana bersama suami dan anak pertama ketika dia sedang hamil anak kedua.

"Sebelum ini saya pernah mengandung serentak dengan ibu kandung, cuma jaraknya jauh sikit iaitu kira-kira lima bulan... kali ni hanya beza hari. Apa pun, kami sama-sama gembira sebab saya nak dapat adik lagi dan umi pula nak dapat cucu kedua. Tapi kami tidak pernah check-up bersama sebab klinik lain-lain.

"Setiap kali lepas check-up kami akan bertanya khabar masing-masing selain berkongsi keputusan scan dan tumbesaran bayi.

"Kalau ikut due date, kami hanya beza sehari tapi umi sakit kencing manis yang kena insulin, jadi dia kena bersalin awal dua minggu.

Anak kedua Juliana (kanan) dan adiknya, Nur Ummu Hana Aisyah yang hanya berbeza 12 hari.

Anak kedua Juliana (kiri) dan adiknya, Nur Ummu Hana Aisyah yang hanya berbeza usia 12 hari.

"Saya pula ada juga kencing manis masa mengandung tapi on diet control jadi tak perlu makan ubat sebagainya dan due date macam biasa cuma awal empat hari," ceritanya gembira.

Dia juga memaklumkan yang bapanya sangat gembira kerana akan mendapat cucu dan anak bongsu serentak malah dia juga tidak jangka keadaan itu kerana sudah lebih sembilan tahun tidak menimang cahaya mata.

Anak saya lahir 4 Januari lepas dan adik lahir pada 23 Disember tahun lalu. Kami berpantang masing-masing dan seminggu awal saya dijaga oleh ibu kandung.

NUR JULIANA

Tambahnya yang menetap di Kangar, Perlis, disebabkan uminya bersalin awal, jarak umur antara anaknya dan adik bongsu berbeza tahun.

"Anak saya lahir 4 Januari lepas dan adik lahir pada 23 Disember tahun lalu. Kami berpantang berasingan dan saya dijaga oleh ibu kandung.

"Tapi masa umi bersalin, saya sempat pergi tengok dia dan adik di rumah," ujarnya sambil menyatakan terdapat kata-kata sinis yang menyatakan dia tidak merancang sebaiknya kerana jarak umur antara anak sulung dan kedua kurang dua tahun.

Bercerita lanjut, ujar Juliana yang merupakan anak sulung daripada lapan beradik, sepanjang tempoh itu, banyak kenangan manis tercipta antara dia dan umi.

Anak pertama Juliana bersama anak bongsu kepada ibu kandungnya, Mohammad Naufal.

Anak pertama Juliana bersama adiknya yang juga anak bongsu kepada ibu kandungnya, Mohammad Naufal.

"Kami mengandung serentak, jadi banyak perkara dan cerita dikongsi bersama. Kalau saya pergi check-up, umi akan ambil jika suami sibuk.

"Kalau saya mengidam, umi akan carikan atau ayah masakkan dan kalau umi mengidam saya pula akan cari. Paling best bila kami mengidam benda yang sama iaitu mentarang dan siput belitong.

"Saya pula banyak baju baby, jadi saya bagi separuh kepada dia... umi pun kalau beli baju untuk adik, dia akan beli untuk cucu dia juga," ujarnya yang turut gembira mendapat anak dan adik perempuan.

Tambahnya, kedua-dua anak dan adiknya itu seperti kembar kerana apabila seorang menangis, seorang lagi akan menangis juga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain