ANGGOTA kumpulan, Click-B pernah berdepan pengalaman menakutkan apabila kediaman mereka diceroboh peminat fanatik yang sanggup mencuri barangan peribadi termasuk seluar dalam terpakai.Menurut salah seorang anggotanya, Kim Sang Hyuk, tindakan peminat terbabit lebih mengejutkan apabila mereka dikatakan lebih berminat mengambil pakaian kotor yang belum dibasuh berbanding pakaian bersih. Katanya, pakaian dalam yang diletakkan di dalam bakul dobi turut menjadi sasaran, malah sarung bantal yang mempunyai kesan air liur juga tidak terkecuali.Click-B sangat terkenal sekitar 2000-an."Mereka mengambil semua seluar dalam kami. Mereka selalu memilih pakaian dalam bakul dobi yang kotor berbanding yang sudah dibasuh."Seluar dalam yang berbau busuk. Sarung bantal juga diambil, terutama yang mempunyai kesan air liur," katanya memetik laporan KoreaBoo.Seorang lagi anggota, Yoo Ho Seok atau lebih dikenali sebagai Evan, turut mengakui mereka pernah kehilangan pelbagai barangan peribadi akibat perbuatan peminat tidak bertanggungjawab.ARTIKEL BERKAITAN: Kim Sang Hyuk (Click B) umum kahwin 7 April depanARTIKEL BERKAITAN: Wonpil Day6 tambah koleksi hartanah, beli kondo mewah RM18 juta secara tunaiLebih membimbangkan, tindakan individu terbabit bukan sekadar mencuri barangan, sebaliknya turut menceroboh kediaman mereka tanpa kebenaran.Malah, Ho Seok pernah berdepan detik cemas apabila seorang peminat memasuki rumahnya ketika dia sedang tidur.Menurutnya, dia menyedari kehadiran individu tidak dikenali itu, namun memilih untuk berpura-pura tidur kerana bimbang dengan kemungkinan yang boleh berlaku.Click-B seram dengan sikap peminat fanatik."Saya pernah keluar dari asrama untuk tinggal bersendirian buat sementara waktu. Suatu hari, peminat masuk ke rumah ketika saya sedang tidur."Saya tahu mereka masuk. Saya terjaga tetapi berpura-pura masih tidur. Saya fikir mereka akan melakukan apa sahaja yang mereka mahu sebelum meninggalkan rumah," katanya.Untuk rekod, Click-B merupakan kumpulan lelaki Korea Selatan yang mencipta populariti sekitar awal tahun 2000-an.