PELAKON Hollywood Erika Eleniak mendedahkan pernah berdepan masalah kewangan yang serius sehingga hampir diusir dari rumah sewa sebelum mengambil keputusan menyertai platform OnlyFans bagi meneruskan kehidupan.Eleniak, 57, berkata dia terpaksa mencari sumber pendapatan baharu selepas tawaran lakonan semakin berkurangan, selain pekerjaan sebagai tenaga pengajar di pusat pemulihan juga tidak lagi mampu menampung perbelanjaan hariannya. “Keadaan sangat sukar dan memberikan tekanan kepada saya. Apabila berdepan masalah kewangan, ia benar-benar memenatkan kerana sentiasa hidup dalam ketakutan.Eleniak akui dia dihalau rumah sewa kerana tertunggak. “Saya juga berasa malu kerana orang menganggap kehidupan saya baik-baik sahaja. Hakikatnya, saya perlu mencari wang yang mencukupi untuk membayar sewa dan menampung perbelanjaan,” katanya.Eleniak turut mengakui dia pernah menerima notis pengusiran daripada kediamannya akibat tunggakan sewa.Bagaimanapun, Eleniak berjaya menyelesaikan masalah kewangannya selepas menyertai OnlyFans pada Ogos lalu, malah pendapatannya di platform tersebut mencecah AS$1 juta (kira-kira RM4.5 juta) dalam tempoh setahun.ARTIKEL BERKAITAN: Wonpil Day6 tambah koleksi hartanah, beli kondo mewah RM18 juta secara tunaiARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun tak mandi, hidup melarat... Pelakon veteran ’dibuang’ keluargaMenjelaskan mengenai kandungan yang dikongsikan, Eleniak menegaskan dia tidak menghasilkan bahan bogel, sebaliknya lebih selesa berkongsi aktiviti harian termasuk memasak, membeli-belah dan berinteraksi dengan peminat.“Saya rasa lebih yakin dan berkuasa menentukan hala tuju kehidupan sendiri. Sekarang saya yang membuat keputusan dan perasaan itu sangat menggembirakan,” ujarnya.